Pages

Friday, March 12, 2010

~Sizzling Mee~


jom hari nie kita buat

.....SIZZLING MEE.....

ini memang favorite eja, g mane2 mesti cari ini, tapi paling sedap masak sendiri lah hehe...

resepi asal guna mee sanggul tapi ja guna mee biasa jer...

Bahan-bahan :

  • 2-3 gulung yee mee( ini resepi asal tapi ja guna mee biasa mee kuning )
  • 5 ulas bawang putih
  • 5 biji cendawan shitake ( cendawan kering)- rendam sehingga agak lembut dan potong 4
  • 1 keping dada ayam- potong mengikut citarasa
  • 3 biji cili kering- potong 2
  • 2 sudu besar sos tiram
  • 3 sudu besar kicap cair
  • 1 sudu besar kicap pekat
  • 1/2 in halia- hiris nipis
  • Serbuk lada hitam
  • garam- secukup rasa
  • Beberapa titik Minyak bijan
  • 1 sudu besar Tepung jagung- dibancuh dgn sedikit air
  • sedikit minyak utk menumis
Cara-cara :
  1. Tumis bawang putih, cili kering dan halia sehingga naik baunya.
  2. Masukkan ayam yg telah potong sehingga agak empuk.
  3. Masukkan 2 cawan air.
  4. Masukkan pula sos tiram, kicap cair dan kicap pekat. Masukkan pula serbuk lada hitam. Biarkan mendidih.
  5. masukkan cendawan serta sayur2 lain- tunggu 2-3 min.
  6. Masukkan campuran tepung jagung dan kacau.
  7. Titikkan minyak bijan beberapa titik-jgn banyak2...
  8. Akhir sekali, masukkan yee me( mee kuning ) biarkan sebentar & hidangkan panas2.
memang sedap kalau di makan masa panas-panas...
http://emo.huhiho.com
post signature

8 comments:

  1. to:Aini

    hehe memang sedap kalau cuba hehe

    ReplyDelete
  2. to:saya_arief

    hehe nak mintak manyak-manyak pun boleh hehe

    ReplyDelete
  3. tak penah terniat nak masak ni kat umah...
    asyik masak kek je...hehe

    ReplyDelete
  4. uiihh..sedapnye..hebat laa kamoo!!

    ReplyDelete
  5. to:Hazzy Ishak

    cuba laa hazzy..
    saje nak mempelbagaikan masakan jer hehe

    ReplyDelete
  6. to:dizzydude

    hehe tak de laa hebat sangat pun biasa jer awak...

    ReplyDelete

terima kasih kerana membaca n sudi mengomen post ja :)