Followers- mencari yang ke 1000

Pages

Sunday, October 11, 2009

Kek Lapis Pandan (Pandan Layer Cake)


wau....
MyEm0.Com
walaupun hari ini ja kesunyian dok seorang dirumah...

tapi dengan plan yang dirancang telah berjalan dengan jayanya hehe....


ja telah berjaya untuk buat sendiri kek yang favourite ja,
yang kalau g kedai roti ker pantang nampak kek nie, mesti nak beli...

tapi hari ini ja wat sendiri, satu biji kek dapat hehe....


puas hati kalau beli mau Rm40 lebih pee hehe....


jadi hari nie ja nak share resepi kek ini...
nak salin tak pe ja mare lagi suka hehe....
MyEm0.Com
sesiapa yang dah berjaya jangan lupa g tau yekk....

Bahan-Bahan:
1 biji kek span pandan bersaiz 9 inci
Bahan Kastard:
  1. 1000gm air
  2. 125gm gula
  3. 5 helai daun pandan, disimpulkan
  4. 110gm susu cair(tak kisah brand ape2 ja guna Ideal)
  5. 2gm mentega(sedikit jer untuk bagi kastard kita kilat)
  6. 1 1/2 sudu teh jeli segara (istant jelly)
  7. 85gm tepung Hoen Kwee (hijau)
  8. 50gm santan serbuk(segera)
Cara-cara membuat:
  1. kek span dihiris kepada 3 lapisan. Ketepikan.
  2. Satukan kesemua bahan diatas ke dalam periuk.
  3. Kacau diatas api yang sederhana hingga pekat dan mendidih. Angkat.
  1. Sediakan tin springform atau loose tin bersaiz 9 inci
  2. Masukkan lapisan kek yang pertama. Ia perlu kecil sedikit daripada tin. Jika besar potong yek.
  3. Satu cawan kastard dituangkan diatas dan kelilingnya. Ratakan
  4. Buatkan lapisan kedua n ketiga. Habiskan kastard. Biarkan sejuk baru masuk dalam peti ais.
  5. Sejukkan kek selama 5 jam dalam peti ais sebelum ia dipotong.
  6. Hias ikut cita ra yek hehe...

selamat mencuba... sedap tau hehe....

Weenked - 11/10/2009 PAPADOM

so, sudah perfikir panjang malam semalam masa tido,

jadi hari yang ditunggu pun tiba, ja bangun macam biasa kul 8 basuh baju mcm biasa,

jam 9.30 pagi ja kuar dari umah menuju ke bank. Tiga bank ja g hari ini,

CIMB = untuk ambil ait gaji, Maybank = bayar sewa rumah, Bank Islam = simpanan :)

lebih kul 10.30 habis laa rancang yang utama sekali...

lepas kete ja terus menuju ker JUSCO IPOH...

mula2 cadang nak cuci mata hehe.. barang2 sana kan?

last2 boleh pulak tgk filem PAPADOM :)
cite nie best laa memang patut laa dia menang banyak award masa FFIM22 yang telah berlangsung bulan Ogos yang lepas di UMS.

Anugerah Filem Terbaik, Anugerah Pelakon Lelaki Terbaik dan Pelakon Wanita Terbaik...

memang pelakon dalam filem nie semua hebat2.. tambah2 lagi Afdlin Shauki kan?

Terdapat beberapa fakta yang menarik tentang PAPADOM nie
(pandangan ja:)
  • sangat meyayat hati tentang kisah antara ayah dan anak perempuan.
    MyEm0.Com
  • terhibur dengan susunan komedi dalam filem ini yang tak kering gusi dari mula cerita hingga habis cerita ini.
    MyEm0.Com
  • memang benar lelaki bukan mudah untuk mengeluarkan ayat/perkataan untuk menyampaikan perasaannya, lelaki yang akan sampaikan kasih sayangnya melalui perbuatannya terhadap yang tersayang.
    MyEm0.Com
  • bila sesuatu yang terjadi kita akan buat apa sahaja untuk yang tersayang.
  • filem ini sesuai ditonton oleh semua rakyat malaysia, memang Afdlin Shauki menerapkan unsur 1 Malaysia dalam filemnya.
ja memang suka filem ini, memang berbaloi pergi sorang2 untuk tengok filem nie..
MyEm0.Com
kawan2 yang lain jangan lupa yea tgk.. memang best...

post signature

Saturday, October 10, 2009

uhhh... bosan huhu...


agak2 nyer ja nie macam kucing tulah kan huhu....

menungu detik, mengira detik....
MyEm0.Com
entry nie dah masuk entry yang ke dua kali di buat dalam masa 4/5jam huhu...

nak makan kek tak siap lagi huhu...

kejap baring, kejap g dapur..

kejap g 'cafe'....
...
..
.
kejap tgk ikan, g makan ikan, cuci tangki....
...
..
.
uhhh.. kalau macam nie laa esok...

tapi memang mcm nie laa esok ja boleh gerenti laah...

jangan esok tiba2 ja terbang g KL jer dah tak tahan sangat
MyEm0.Com

Info tentang tepung hehe...


Ja dapat info nie masa ja tolong kak ana cari perbezaan antara tepung naik sendiri dgn baking soda kan kak ana? hehe...

jadi jumpa lah website nie...
website kak sofea....
jadi untuk kak ana dan kawan2 blogger lain yang konpuis lagi pasal tepung hehe...
MyEm0.Com
baca INFO bawah ini yek..
(tak lupa jugak diri ku ini :)


TEPUNG SERBA GUNA
Tepung serba guna yang sesuai untuk sebarang jenis masakan. Secara lazimnya, kita menggunakan tepung gandum (biasa) kerana lebih mudah didapati.

TEPUNG BERPROTEIN TINGGI
Tepung berprotein tinggi untuk membuat roti kerana daya menganjalnya agak tinggi, jadi lebih sempurna setelah diadun dengan yis.

TEPUNG BERPROTEIN RENDAH
Tepung berprotein rendah pula adalah lebih sesuai untuk dibuat kuih pau dan seumpamanya.

TEPUNG GANDUM
Tepung gandum biasa yang banyak dipasarkan secara komersial. Fungsinya serupa dengan tepung serbaguna.

TEPUNG KRIMER
Krimer adalah seperti susu (berlemak tambahan) yang sering dibubuh ke dalam minuman seperti Nescafe atau teh. Boleh dibeli di dalam pek atau di dalam botol sebagai Non-Dairy Creamer. Yang dimaksudkan di sini, adalah tepung susu daripada jenama “Carnation”.

TEPUNG NAIK SENDIRI/SELF RAISING FLOUR
Tepung naik sendiri atau juga dipanggil tepung berserbuk penaik mempunyai kandungan serbuk penaik serta sedikit soda penaik (baking powder / soda bicarbonate). Tepung jenis ini banyak dijual di pasaraya. Namun jika tiada, ayak 250 gm tepung gandum dengan 1 sudu makan (rata) serbuk penaik. Hasilnya tetap sama.

TEPUNG SUPERFINE

Superfine sama dengan flourcake flour.Tekstur Tepung ini halus,seperti self raising flour tapi tiada bahan penaik didalamnya seperti self raisingflour.Tepung nie dikotegeri dalam tepung low protien.

TEPUNG ROS
Tepung ros sebenarnya mengandungi bahan tepung jagung yang boleh merangupkan biskut. Namun anda tidak perlu mengurangkan penggunaan tepung jagung jika sukatan tepung jagung itu tidak terlalu banyak dalam resepi sedia ada. Dikatakan hasilnya adalah lebih baik dari biskut yang diperbuat daripada tepung gandum.

TEPUNG HONG KONG

Tepung Hong Kong juga dikenali sebagai Water Lily Flour, iaitu sejenis tepung yang sangat putih sering kali digunakan untuk membuat pau. Sesetengah kedai membekalkan peralatan kek atau biskut tidak menjual tepung jenis ini kerana ia mudah rosak (sama ada berkutu atau berkulat). Sebagai gantinya, gunakan tepung pau di dalam kotak (jenis Blue Key atau jenama lain yang bersamaan nilai-nilai protein di dalamnya) walaupun hasilnya mungkin tidak serupa tetapi rasanya tetap serupa.

TEPUNG PULUT
Glutinous rice flour ialah tepung pulut (berwarna putih) dan diimpot dari negara jiran, Thailand. Plastik pembungkusannya hampir sama dengan plastik tepung beras jadi, jangan terkeliru. Dihasilkan dengan teknologi moden sehingga semua kandungan khasiat yang ada pada beras tidak hilang.

Tepung ini mengandungi 100% beras merah asli. Yang dimaksud dengan beras merah bukanlah beras itu berwarna merah, sebaliknya beras yang telah dibuang bahagian merah pada mata padinya. Selain kaya dengan vitamin E dan B serta mudah dicerna, pengidap penyakit kencing manis dan ibu mengandung, sesuai mengamalkannya.

TEPUNG OPTIMA

Tepung optima adalah sejenis tepung yang mengandungi gula di dalamnya dan sesuai dibuat kek keju. Bagaimanapun penggunaan tepung serba guna, tepung jagung atau tepung kastad boleh digunakan sebagai pilihan bergantung pada resepi.

TEPUNG WHOLEMEAL

Tepung gandum tulen yang mengandungi serat gandum yang tidak hancur. Tepung ini tidak boleh diayak dan jika digunakan, hasil roti atau muffin agak berat (heavy-textured).

TEPUNG HOEN KWEE

Tepung hoen kwee digunakan untuk buat kuih muih bagi sesetengah masyarakat. Namun di pasaran teoung jenis ini mempunyai pelbagai jebis warna pembungkusnya. Plastik berwarna oren mempunyai adunan tepung kekuningan (pastel yellow).

Manakala plastik hijau mengandungi adunan tepung kehijauan (pastel green) tetapi anda perlu mencampurkannya dengan jus pandan dan beberapa titik pewarna hijau untuk mendapatkan warna yang terang. Sementara plastik biru mengandungi adunan tepung putih. Gunakanlah mengikut kesesuaian anda.

TEPUNG KASTAD
Selain mewangikan, tepung kastad akan membuat tekstur kek lebih rapat. Anda boleh gantikan tepung kastad dengan tepung gandum jika suka. Bagaimanapun untuk mendapatkan kek yang lebih gebu, gantikan juga tepung gandum dengan tepung naik sendiri dan lihatlah hasilnya.

TEPUNG UBI
Tepung kanji adalah teoung ubi kayu (lebih meliatkan adunan) namun bagi sesetengah tempat, biasa juga menggantikannya dengan tepung sagu (sago flour).

TEPUNG JAGUNG

Tepung jagung fungsinya memang memekatkan walaupun agak berbeza dari penggunaan tepung ubi.

TEPUNG NAIK SENDIRI?

Apa yg dimaksudkan dgn tepung naik sendiri dan gula kastor?
Tepung naik sendiri adalah SELf-RAISING FLOUR atau ‘Flour with Added Raising Agent’. Tepung naik sendiri mempunyai kandungan serbuk penaik serta sedikit soda penaik (baking powder and/or soda bicarbonate)

TEPUNG ROSE?

Rose Flour ada mengandungi bahan yg boleh merangupkan biskut tetapi anda tidak perlu mengurangkan penggunaan tepung jagung jika sukatan tepung jagung
itu tidak terlalu banyak. Biskut yg diperbuat dengan Rose Flour akan menjadi lebih rangup jika dibandingkan dengan biskut dari tepung gandum.Tepung Rose juga dikenali sebagai Tepung Top dan Tepung cookies.Elok kalau dibuat Biskut Almond London.

TEPUNG HONGKONG?

Tepung Hong Kong juga dikenali sebagai Water Lily Flour sejenis tepung yg
sangat putih, digunakan untuk membuat pau. Sesetengah kedai membekalkan peralatan kek/biskut tidak menjual tepung jenis ini kerana ia mudah rosak (berkutu/berkulat). Oleh kerana faktor inilah juga maka ia tidak dijual di pasaraya. Jika anda ingin membuat kuih pau, boleh gunakan tepung pau di dalam kotak (jenis Blue Key atau jenama lainnya) walaupun hasilnya mungkin tidak sama tetapi rasanya tetap serupa.

TEPUNG GLUTINOUS RICE ?
Glutinous rice flour ialah tepung pulut (putih) yg dijual di merata kedai (termasuk kedai mamak). Ia diimport dari Thailand. Plastik pembungkusnya hampir sama dengan paket rice flour (tepung beras), jadi, jangan terkeliru.

TEPUNG KEK ?
Tepung kek atau cake flour tidak banyak bezanya dengan superfine flour (boleh dibeli di dalam kotak) tetapi, anda akan dapat hasil yg agak sama jika anda mengayak tepung gandum sebanyak 3 kali.

TEPUNG OPTIMA ?

Tepung Optima adalah sejenis tepung yang mengandungi gula di dalamnya.
Tepung Optima ini adalah tepung yang telah siap sedia untuk kita menyediakan Kek Sponge. Apa yang perlu kita buat adalah hanya masukkan telur, air mentega dan tepung optima. Pukul adunan itu semua dengan mixer sehingga adunana menjadi pekat dan likat. Kemudian ia sedia dibakar.



moga2 dengang info tentang TEPUNG nie dapat bantu kawan2 semua yang suka memasak kek/kuih
MyEm0.Com

Friday, October 9, 2009

apa yang patut saya buat!!

jam dah menunjuk pukul 8.30pm...

esok dah hari sabtu, tapi kira sok ada benda nak buat sebab ada LADAP

kat sekolah, LADAP yang terakhir tahun nie...

petang sok nak wat kek :)

cuma yang bingung nie Ahad nie...

nak wat ape yek???
MyEm0.Com
ermmm kaki nie nak berjalan, tapi malas & budget lari giler (sebab raya pakai terlebih wit)

jadi .....

mcm kena dok umah jer sorang2 :( boleh jadi giler per...
MyEm0.Com
mengadap komputer jer :(
MyEm0.Com
lagi... huuhuhuhu.....
MyEm0.Com

Ajaib= Perut Lembu penuh dengan mata kail!

(gambar - bahan yang terdapat dalam perut lembu)

berhentilah sekejap dengan cite sirama-rama...

hari ini ja nak share dgn info yang baru ja baru dalam kosmo online..


BANYUWANGI -

Perut seekor lembu di sebuah rumah sembelihan milik Mamad, 45, di sini, Jawa Timur berisi puluhan benda aneh, lapor sebuah akhbar semalam.

Dipercayai, haiwan itu menjadi korban individu yang mengamalkan ilmu hitam.

Penemuan ganjil itu dimaklumkan kepada Mamad oleh dua rakannya iaitu, Alwi, 50 dan Bahrum, 23, yang biasa membantunya untuk menyembelih lembu.

Ketika membersihkan perut haiwan itu, Alwi menemui empat batang jarum berukuran besar, lima jarum kecil, 30 mata pancing besar, lengkap dengan tali pancing yang cukup panjang.

Lebih mengejutkan, sebuah gegancu motosikal lengkap dengan skru dan berada dalam keadaan masih baru turut ditemui di dalam perut lembu itu.

menakjubkan? semuanya ini kejadian ALLAH.. tapi tidak mustahil juga ilmu hitam nie..

tak boleh percaya100%. tapi tahu ia wujud di dunia ALLAH ini..


Thursday, October 8, 2009

sirama-rama buntu ....

sirama-rama buntu...
MyEm0.Com
selepas kisah dengan sikumbang hal lain pulak timbul dalam pikiran sirama-rama ni...

nie pulak, ada saja sirama-rama nie...

tidak seperti orang tahu, umumnya sirama-rama ini cantik, suka dipandang oleh orang ramai, betul tak?
tapi tidak pada sirama-rama ini...

Ia hanya sirama-rama biasa yang hidup dengan kesyukuran yang ada pada dirinya..
Tak semua kumbang suka pada sirama-rama nie...hanya kumbang yang sorang tu jelah mahu kenal isi hati sirama-rama bukan pada fizikal sirama-rama...
sudah dekat dua tahun sirama-rama pasang niat untuk menukar bentuk fizikal sirama-rama...
hanya mendapat perubahan pada peringkat awal sahaja...

tapi sekarang ini fizikal sirama-rama hanya maintain sahaja, tapi bukan lah boleh dikategorikan sama seperti sirama-rama yang lain yang cantik lagi....
yang bermain difikiran sirama-rama nie ialah adakah wajar sirama-rama berhentikan sesuatu yang sirama-rama ikut setahun lepas? atau sirama-rama patut kuat kan hati untuk membuatkan sesuatu secara sendiri tanpa bantuan orang lain? tapi boleh ker sirama-rama buat tanpa bantuan orang lain?

MyEm0.Com

Wednesday, October 7, 2009

berteman kan wayang...

seperti mana yang kawan2 tahu malam nie ja g tgk wayang kan?

hehe dah balik pun, sampai kul 11 tadi hehe....

sebelum masuk panggung tadi, li kek jer kat secret recepi

nak indulgence kek tapi dah habis dah ...

jadi buat pertama kali ja merasa choclate fudge

rasanya okay tapi sedap lagi kek kegemaran ku hehe...

de permintaan dari kawan blogger dari MYRAsberry

nak ja wat review cite G-FORCE

ermm ja tengok cite nie de laa beberapa sebab :-
1. cute ( si agent2 yang kecik tuu)
2. Producer dia Jerry Bruckheimer ( salah satu fav producer sebab banyak buat cite best mcm Pirate of Cirebeaan)
3. guna suara
Nicolas Cage, Penélope Cruz
4. kelakar laa jugak, hati pun senang bila tengok
MyEm0.Com
5. banyak lagu baru dalam movie nie hehe...(memang tak bosan laa tengok)
6. ada jugak ala2 Transformer hehe....

sape yang belum tengok lagi boleh laa g tgk hehe... memang okay laa cite dia..

jom tgk wayang...


ermmm... penat badan g sekolah,

penat otak memikir hal sirama-rama, jadi malam nie ja nak tgk wayang laa cite

G-FORCE

dari bulan puasa sampai hari ini ja tahan diri nie nak tgk wayang hehe...

mak ja tak bagi tgk bulan puasa nanti potong pahala lak hehe..

jadi malam ini nak ganti ler... biar hati ini terubat sedikit hehe...

sebab nak tgk mungkin diaorang nie cute kot hehe...
MyEm0.Com
walaupun cite nie dah lama kuaq hehe...

macam biasa laa tgk sorang2 lagi laaa malam nie

Tuesday, October 6, 2009

Nak Pergi Ke? Tak Nak?

kawan2 nak dengar satu cite tak??

cite mengenai seekor rama-rama dengan seekor kumbang..

tapi cite nie tentang hati sirama-rama yang musykil dengan hatinya...
MyEm0.Com
kenape dengan hatiku ini? sekejap ok, sekejap tak ok?
sekumbang tidak dapat datang kerana ada hal kejenya..
sirama-rama dah paham sangat dengan sikumbangnya...
dah lali pun..
sirama-rama ada merancang untuk berjalan2 ke KL..
sebab lama sirama-rama tak kesana melainkan mengikut keluarga...
tapi sikumbang lain pulak pikirnya...

sikumbang : nanti datang, singgah tempat saya yea, saya nak kenalkan dengan family saya...
sirama-rama:ermmmm... kena ker singgah tak singgah tak boleh ker?

untuk pengetahuan kawan2 sirama-rama tak jumpa lagi keluarga sikumbang...
kenal melalui gambar dan cerita sahaja..


sikumbang: singgah kenal dgn mak ayah saya dan adik beradik saya...
sirama-rama: okay, tapi boleh ker saya jumpa dulu keluarga awak? bukan ke awak kena jumpa dulu keluarga saya? dulu saya ajak awak tak berani pulak.. kenapa hari ini tiba2 ajak saya?

itulah perbualan antara sikumbang dengan sirama-rama...

sekarang hati sirama-rama berpusing2...

nak ikut hati ker? nak ikut adat :)

kawan2 rasa mcm mane yek??

tolong laa sirama-rama ni.. dah lama dia memikir hal ini...
MyEm0.Com

Monday, October 5, 2009

Al Fatihah untuk sepupu ku....

arwah yang berbaju biru bersama ibu dan adiknya

MOHD AIZAT B. SAHABUDDIN

sepupuku yang baru berumur 19thn,

masih lagi belajar di Politeknik sekarang nie dalam paraktikal...

semalam 4hb Oktober 2009 bersamaan 15 Syawal 1430H

sepupuku telah kembali ke Rahmatullah...

arwah anak sulung dari dua adik beradik...

kini tinggal laa adik dia kesorangan bersama ayah dan ibu...

itulah ajal tak kira umur Ia datang mengambil kita...

yang sebak didada sehingga kini, sebab baru saje berjumpa dengan arwah raya lepas..

bergambar, siap bagi lagi wit raya pada arwah...

Semoga roh arwah dicucuri rahmat oleh ALLAH..

AMIN....

arwah bersama sepupu ja yang lain

Saturday, October 3, 2009

entry = entah??

entah??

ape laah yang terjadi pada diriku nie...
MyEm0.Com
tak de idea langsung isi nak untuk blog ja nie...

tiba3 mai jari nie terklik laa blog yang bz untuk menuju hari bahagia...

kadang2 best baca cite diaorang nie...

jelez pun ada juga hehe....
MyEm0.Com
bila laa time diriku ini tiba seperti blogger yang nak kawin tuu hehe

dalam dok surfing tu ternampak laa ini
-
-
-
-
-
(gambar sumber dari Menujuk Kaseh)

cantik kan??? memang betul2 sweet kan??

boleh tak ja nak wat theme nie???

untuk masa bila tak sure lagi tunang ke? nikah ker? time kenduri belah mane ker?

tapikan....

ja actually suka purple....

tapi de sepupu ja tahun lepas dia kawin guna theme tu...

jadi terpaksa laa ja tukar theme lain...

haa... wat masa skg nie lah.. inilah yang warna theme yang ja suka hehe...

tunggu laa hehe.. bila time dia dah sampai hehe....
MyEm0.Com

Related Posts with Thumbnails