Followers- mencari yang ke 1000

Pages

Monday, October 26, 2009

Mee Jawa ^_^


hari nie lak nak share satu lagi jenis mee, iaitu...

MEE JAWA

peminat mee? silalah mencuba :)
memang sedap
MyEm0.Com

Bahan-bahan ( 8 org )

  • 1 kg mee kuning - dicelur
  • 4 biji telur rebus
  • taugeh
  • 2 keping tauhu - potong dadu
  • daun bawang & daun sup - dihiris halus
  • cili api @ cili jeruk
  • lemon @ limau nipis
  • bawang goreng
  • *** utk kuah***
  • 500 gm ayam - dipotong kecil-kecil
  • 200 gm daging - dipotong kecil-kecil
  • 200 gm udang
  • 3 sudu besar udang kering - dikisar halus
  • 1 biji bawang besar - dikisar halus
  • 3 ulas bawang putih - dikisar halus
  • 1 cm halia - dikisar halus
  • 1 cm lengkuas - dikisar halus
  • 1 batang serai - dikisar halus
  • 500 gm ubi keledek - direbus dan dikisar halus
  • 3 sudu besar rempah kari daging
  • minyak utk menumis
  • 10-15 tangkai cili kering
  • 1/2 kiub ayam
  • garam & gula secukup rasa
  • air

Cara-cara

  1. Kisar sehingga hancur bahan-bahan seperti udang kering, bawang besar, bawang putih, halia, lengkuas, dan serai sekaligus sehingga.
  2. Cili kering direndam dgn air panas dan dikisar halus.
  3. Masukkan minyak ke dalam periuk dan tumis cili hingga garing. setelah garing, masukkan bahan2 yg telah dikisar dan ditumis sehingga naik bau.
  4. Bancuh serbuk kari dgn air. Masukkan ke dalam periuk. Tumis sehingga naik minyak.
  5. Masukkan ayam dan daging. Kacau dan masak sehingga ayam dan daging separuh empuk.
  6. Masukkan ubi keledek yg telah dimesin. Masukkan juga air mengikut kepekatan yg disukai. Jangan terlalu pekat kerana mee jawa cepat terasa muak
  7. Masukkan udang. Masak sehingga mendidih.
  8. Akhir sekali, masukkan garam dan gula mengikut citarasa masing2.
  9. Hidangkan mee, telur rebus, taugeh dan tauhu. Tabur bawang goreng dan hirisan daun sup & bawang.
  10. Sedap dimakan ketika panas-panas bersama cili jeruk!

post signature

4 yang ambil kisah:

Hasnah said...

asna oeminta mEe jawa. Skrg kamu telah tyang mee jawa nie.. sila bagi yg dah siap masak 10 manguk besar~

Adoiiii~ teringat kat mee jawa mak asna nie. yummy yummy~

♥♥ eija ♥♥ said...

to:asna cute

amboi nak 10 mangkuk :)

boleh habis kan ker hehe..

Nea Flerida said...

klu tgok blog akk nih msti akn lpr jerk.. kiki.. ylah.. byk mknn.. suma sdp2:D

♥♥ eija ♥♥ said...

to:nEa FleriDa

hehe adik nie..

akak post yang akak wat jer :)

n akak share utk blogger akak :)

Related Posts with Thumbnails