Followers- mencari yang ke 1000

Pages

Thursday, October 22, 2009

Mee Hailam ^_^


hari nie lak ja nak pos resepi

mee ala-ala hailam

ja wat masa cuti lepas :)

selamat mencuba....

Bahan-bahan

  • 500 gram mee kuning
  • 2 kpg dada ayam (di potong dadu)
  • 15 ekor udang (sedarhana)
  • 3 ulas bawang putih
  • 3 ulas bawang merah
  • 1 sudu besar cili giling
  • 15 gram udang kering
  • 1 cwn taugeh
  • 1 batang lobak merah(dipotong julian)
  • 1 bungkus 'baby corn'
  • daun sup dan daun bawang
  • 2 biji limau nipis
  • Sos cili dan sos tomato & Kicap
  • 1 sudu tepung jagung dibancuh dengan setengah cawan air

Cara-cara

  1. bawang merah,putih & udang kering di blender/di kisar sekali.
  2. tumis bawang (putih dan merah) yang telah diblender sehingga naik baunya. -kemudian masukkan ciligiling dan kacau hingga garing.
  3. masukkan udang dan serta ayam tadi.Tambah garam,serta sedikit gula (secukup rasa).
  4. masukkan lobak merah,'baby corn' dan kobis. Masukkan pula mee. -tuangkan sos cili dan sos tomato ke dalam ramuan tadi.
  5. tuangkan pula tepung jagung yang telah dibancuh bersama air dan kacau.
  6. akhir sekali masukkan kicap dan gaulkan sehingga masak.
  7. Untuk menghidangnya, taburkan sedikit bawang goreng, cili jeruk,daun sup dan daun bawang serta hirisan limau nipis. juga dengan telur ayam...ikut citarasa masing2x


4 yang ambil kisah:

ZARA 札拉 said...

Pagi2 udah nampak mee~

alahai~

lapar~

cik eja^_^ said...

to:zara

hehe...

jangan mare :)

nEa FleriDa said...

akk.. ble nk msk special tuk nil... nk3!

cik eja^_^ said...

to:nEa FleriDa

hehe....

insyallah....

Related Posts with Thumbnails