Followers- mencari yang ke 1000

Pages

Wednesday, October 21, 2009

Ayam Masak Kicap 'Special'


seperti kawan2 tahu... dan yang ja janjikan...

khususnya kepada blogger ja 'asna cute'

nie lah resepi yang di request oleh cik asna...

AYAM MASAK KICAP 'SPECIAL'

Bahan-bahan:

  • ayam(ikut cita rasa nak berapa)
  • minyak (untuk digoreng)
  • 2 ulas bawang besar
  • 3/4 ulas bawang putih
  • 1/2 inci halia
  • kicap(secukup rasa)
  • 2/3 sudu cili mesin
  • secubit serbuk kayu manis
  • secubit serbuk jintan manis
  • kulit kayu manis
  • bunga cengkih
  • garam&gula (secukup rasa)
Cara-cara:
  • ayam tu digoreng dahulu sampai garing. Diketepikan.
  • (Bawang merah, bawang putih & halia) dibelender yekkk. letak sedikit air untuk di smooth :) Diketepikan.
  • Di kuali lain. Tumis cili mesin + bunga cengkih + kulit kayu manis. Tumis sampai ia garing & naik minyak.
  • Dah garing masukkan bahan yang belender tadi. Masukan secubit serbuk kayu manis & jintan manis. Dan yang utama kicap. Garam& gula untuk secukup rasa...
  • Bagi ia kering sikit yea... lagi sedap tau... :)
  • Selamat mencuba :) sangat senang kan :)

post signature

Tuesday, October 20, 2009

khas sempena entry ke 100

disini eja nak share berita yang happy :)

bagi ja sangat2.... sangat bermakna lah...(setakat ini)

MyEm0.Com

sebab ja baru je dapat emial dari En Zulkhairi Ghazali

yang tempahan ja untuk ke konsert SITI diterima hehe...

“Konsert Seribu Warna Dato' Siti Nurhaliza”

yang akan di adakan di Stadium Bukit Melawati bulan November nanti hehe...

wah dah tak sabar nak g tgk penyanyi kesayangan kita :)

post signature

Monday, October 19, 2009

Topik - Apa itu "giveaway"?

Salam kawan2...

boleh tak hari nie ja nak buka satu topik untuk minta pandangan dari kawan2...

espesially kepada 'blogger-blogger'...

ja nak bertanya apa itu giveaway?

ja nak masuk setahun ja bergiat dalam dunia blog nie...

tapi sampai sekarang ja tak tahu ape itu giveaway...

buka topik nie dalam FB tak de respon pun...

MyEm0.Com

jadi untuk hari nie ja buka topik nie...

ja ada 'rancangan' untuk blog ja nie...

tapi sebelum ja lancarkan...

ja nak tahu ape itu 'GIVEAWAY'..

MyEm0.Com

kalau contest tuu ja mungkin paham...

pertandingan yang diadakan oleh tuan punya blog kepada blogger dia...

ja harap kawan2 dapat tolong uraikan topik ini yek....

MyEm0.Com

post signature

Sunday, October 18, 2009

nak jawab tag dari ~blogger ezmaliza~

salam hari ahad semua...


MyEm0.Com

so, harinya post ja nak jawab tag dari blogger ja nie..

dah ada nama ja, kenalah ja jawab sebagai tanda ....

penghargaan kepada blogger eja...

PART A (brands of toiletries)
please state your current brand of the following:

1. hair shampoo: REJOICE
2. hair conditioner: REJOICE
3. facial foam: BIORE FACIAL FOAM
4. scrubs: MUSTIKA RATU
5. facial cream: OIL OF OLAY :)
6. body lotion: NIVEA BODY LOTION
7. shower soap: JOHSONS BABY MILK
8. lipstick: LIP ICE STRAWBERRY
9. perfume: LANCOME
10. deodorant: REXONA

PART B (clothes)
just state the favourite brand that you have only:

1. t-shirt: (MACAM2)
2. jeans: BUMS
3. baju kurung or melayu: HAND MAKING
4. shoes: CROCODILE
5. slippers: CROCODILE
6. spectecles/sunglasses:
7. hijjab: PASHMINA
8. underwear: (PERLU STATE KE???)
9. belt: XDE PAKAI PUN
10. socks: XPENAH TAWU JENAME STOKIN.
11. watch: SWATCH& ELLIE

PART C (technology)

1. mobile handphone: NOKIA 6100 & NOKIA 6131
2. laptop/notebook: ACER ASPIRE 3620
3. printer/scanner: HP ALL IN ONE
4. camera: OLYMPUS
5. hard disk: LUPA :)
6. mp3/mp4 player: PAKAI YANG HP@KETE

list down the people that you want know bout this tagged:
~YAN~

~MYRAsberry~

~bellar0sa~

~Hazzy Ishak~

~nea Flearida~

~shaniza~

~MY Rule~

~misssyaidris~

~N a N a!~

-all frens in my followers-
-..sape2 yang nak jawab- dialukan2 hehe....

selamat menjawab taq :)
MyEm0.Com

post signature

Thursday, October 15, 2009

Happy Holiday dan Deepavali...

hai kawan2..
MyEm0.Com

malam nie ja balik Taiping hehe... umah mak...

minggu lepas tak balik, rasa mcm nak balik raya jer...

MyEm0.Com

tapi bukan raya kita pun hehe...

apelah ja nie ...

Anyway ja nak ucapkan Happy Deepavali untuk warga blogger yang beragama Hindu..

dan tak lupa my students :)

haa jangan lupa study final exam dah nak dekat :)
MyEm0.Com

n untuk kawan2 blogger selamat bercuti...

p/s: untuk asnacute :) request asna tentang menu

asna tu insyallah ja akan wat masa cuti nie :)

tunggu yek hehe....

post signature

Wednesday, October 14, 2009

menu sempoi hari ini :)

hari ini untuk berbuka ja telah masak 2 menu tenghari tadi...

sebelum g sekolah...

yang memang 'sempoi' lah....

baik dari segi bahan dan rasa...

rasanya memang macam makan yang original :)
MyEm0.Com

jadi jom kita tgk bahan-bahan dan cara penyediaannyer...

1. sup bebola ayam 'sempoi

Bahan-bahan

  • bebola ayam (takn kisah band ape)
  • ubi kentang(potong dadu)
  • tauhu telur
  • daun sup
  • satu kiub pati daging@ayam
  • cili padi ( untuk pedas)
  • halia sikit jer (hiris)
Cara-cara
  • masukkan air secukupnya biarkan ia didih sikit.
  • pastu masukkan semua bahan kecuali daun sup dgn tauhu telur. Sampai semua masak dan kentang empuk.
  • Baru masuukan tauhu telur dan daun sup...
  • Taraaaa.... :)

2. spaghetti bolognese'sempoi'

Bahan-bahan

  • spaghetti ( direbus sehingga lembut + sedikit minyak untuk tidak melekat)
  • daging kisar
  • sos spaghetti bolognese tradisionalnya (ja guna cap Prego)
  • bawah merah( dipotong dadu)
  • sos tomato
  • garam dan gula
  • lada sulah (sikit)
  • air(jika diperlukan)
  • daun bawang ( kalau nak)
Cara-cara
  • Spaghetti yang telah direbus ditoskan, diketepikan.
  • Panaskan minyak, tumis bawang merah sehingga kekuningan. Masukkan daging kisar.
  • Setelah daging kisar masak. Kalau terlalu kering boleh letakkan sedikit air.
  • Masukkan sos Prego dan sos tomato. Biarkan seketika. Masukkan garam dan gula serta lada sulah.
  • Nak cantik boleh letak daun bawang atasnya :)
  • Taraaa....

memang sempoi gilaa laa hehe...

sesuai untuk orang bujang...

macam ja nie hehe..

selamat mencuba....
MyEm0.Com

post signature

Header blog yang terbaru :)

ahhh...

lega rasanya... tak tahu kenape pagi nie rasa nak ubah sikit blog ja nie....
MyEm0.Com

so, macam mane kawan2? hehe

headar yang terbaru diatas tuu????

okay tak?

rasanya malas nak letak gambar ja yang tak berapa cantik tu hehe...
MyEm0.Com

so, ja bertekad jugak nak edit guna PHOTOSHOP...

awalnya agak susah jugak, banyak tutorial ja cari dari pagi tadi....

so, bye2 laaa header yang lama nie...

kalau kawan nak tutorial mcm mane nak wat :)

boleh bertanya, kalau ja boleh jawab, ja jawab kan hehe..

post signature

Tuesday, October 13, 2009

sirama-rama suka hati :)

sirama-rama dua tiga hari nie happy kot hehe..

sebab sikumbangnya dah pandai YM hehe...

dua tiga malam nie YM jer dgn sikumbang hehe...
MyEm0.Com

dulu yang giat msg guna HP pun dah jarang sekarang nie...

bila YM panjang laa pulak ayat yang di cite kan?

bukan ape sikumbang sirama-rama ni...

dah lama tak chat :)

kalau nak tahu sikumbang kenal sirama-rama dari chat laa...

lepas tuu tak dah, guna HP jer...

sampai laaa minggu nie keajiaban berlaku hehe...
MyEm0.Com

post signature

hari ini = "Kuew teow goreng bermadu "


assalamualaikum kawan2 hehe...

seperti semalam minggu ini ja akan share masakan yang ja penah wat kan?

jadi untuk hari ini,ja nak share 1 resepi yang ja cipta sendiri tau hehe...

macam mane dapat ilham hehe...

daripada bahan2 yang terdapat dalam peti ais rumah ja hehe...

simple je resepi hari ini :)

selamat mencuba :)
MyEm0.Com

Bahan-bahan ( 1-2 orang makan )

  • 100gm kuew toew
  • 1-2 ekor sotong
  • udang (ikut citarasa)
  • chicken ball (ikut citarasa)
  • 1 sudu madu
  • 2 sudu cili mesin (cili boh)
  • kicap pekat
  • daun kucai
  • 1 sudu sos tiram
  • garam dan gula
  • minyak utk menumis

Cara-cara

  1. Tumiskan bawang putih sehingga naik bau dan masukan cili mesin. Biarkan sampai cili masak
  2. Masukkan sotong, chicken ball n udang. Biarkan sampai semua dah masak
  3. Masukkan sos tiram, dan madu tadi.. Kacaukan sampai sebati dgn bahan tadi
  4. Last sekali masukan kuew teow, Biarkan sebati dgn kuah tadi. Masukan taugeh dan kucai di akhir masakan.
  5. Ermmm selamat mencuba!!! simple jer kan??

post signature

Monday, October 12, 2009

jom kita edit gambar...


MyEm0.Com

malam nie....

macam biasalaah kawan2 ja wat ape2 dok surf internet...

godek2 blog kawan2 jer hehe....

last2 kan ja jumpa satu website nie....

jadi ja nak share dengan kawan2 hehe....

REFLECTIONMAKER

kawan2 nampak kan gambar ja yang atas tu??

unik laa jugak kan hehe....

dah wat jangan lupa beri komen yek hehe....
MyEm0.Com

post signature

nama ia "WAT TAN HOR"


jadi mulai hari ini jangan terkejut lak kawan2 hehe... ja nak post masakan yang ja penah wat selama ja dok menyendiri..

ade laa lebih kurang nak masuk 2 tahun :)

okay untuk hari ini ja nak share resepi Chineese food... simple n easy.....

nie lah salah satu makanan cina yang ja minat...

bila ja minat, ja mesti akan buat supaya boleh makan2 lagi hehe

jangan lupa mencuba hehe...
MyEm0.Com

Bahan-bahan ( 2 org )

  • * UTK MEE *
  • 300 gm kuey teow
  • 2 ulas bawang putih di ketuk
  • 1 sk kicap pekat
  • 1 sb kicap manis
  • 2 sb sos tiram
  • sedikit serbuk lada sulah / lada hitam
  • * UTK KUAH *
  • 6 ekor udang
  • beberapa hirisan daging
  • 1 biji baby jagung
  • 3 helai sawi
  • sedikit lobak merah
  • 2 ulas bawang putih diketuk
  • 3 hirisan halia dihiris halus
  • sedikit lada sulah
  • 1 sk serbuk pati ayam
  • 500 ml air / lebih kurang 3 cwn
  • garam secukup rasa
  • 1 sb tepung jagung bancuh ngan sikit air
  • 1 biji telur

Cara-cara

  1. Utk mee. Tumis bwg putih hingga kekuningan masukkan kuey teow, kicap pekat, manis n sos tiram. Gaul rata, masukkan lada sulah. Siap angkat mee letak pada 2 pinggan dan ketepikan
  2. Utk kuah. Tumis bwg putih n halia hingga kekuningan masukkan air. Biar mendidih masukkan daging, masukkan pati ayam n lada sulah. masukkan pula udang, sawi, lobak n jagung. Buh garam sikit.
  3. Bila kuah mendidih masukkan tepung jagung yg telah di campur ngan sikit air. Pecahkan telur n kacau cepat biar telur hancur. Kejap jer, siap n tuang kuah pada mee tadi...

post signature

Sunday, October 11, 2009

Kek Lapis Pandan (Pandan Layer Cake)


wau....
MyEm0.Com
walaupun hari ini ja kesunyian dok seorang dirumah...

tapi dengan plan yang dirancang telah berjalan dengan jayanya hehe....


ja telah berjaya untuk buat sendiri kek yang favourite ja,
yang kalau g kedai roti ker pantang nampak kek nie, mesti nak beli...

tapi hari ini ja wat sendiri, satu biji kek dapat hehe....


puas hati kalau beli mau Rm40 lebih pee hehe....


jadi hari nie ja nak share resepi kek ini...
nak salin tak pe ja mare lagi suka hehe....
MyEm0.Com
sesiapa yang dah berjaya jangan lupa g tau yekk....

Bahan-Bahan:
1 biji kek span pandan bersaiz 9 inci
Bahan Kastard:
  1. 1000gm air
  2. 125gm gula
  3. 5 helai daun pandan, disimpulkan
  4. 110gm susu cair(tak kisah brand ape2 ja guna Ideal)
  5. 2gm mentega(sedikit jer untuk bagi kastard kita kilat)
  6. 1 1/2 sudu teh jeli segara (istant jelly)
  7. 85gm tepung Hoen Kwee (hijau)
  8. 50gm santan serbuk(segera)
Cara-cara membuat:
  1. kek span dihiris kepada 3 lapisan. Ketepikan.
  2. Satukan kesemua bahan diatas ke dalam periuk.
  3. Kacau diatas api yang sederhana hingga pekat dan mendidih. Angkat.
  1. Sediakan tin springform atau loose tin bersaiz 9 inci
  2. Masukkan lapisan kek yang pertama. Ia perlu kecil sedikit daripada tin. Jika besar potong yek.
  3. Satu cawan kastard dituangkan diatas dan kelilingnya. Ratakan
  4. Buatkan lapisan kedua n ketiga. Habiskan kastard. Biarkan sejuk baru masuk dalam peti ais.
  5. Sejukkan kek selama 5 jam dalam peti ais sebelum ia dipotong.
  6. Hias ikut cita ra yek hehe...

selamat mencuba... sedap tau hehe....

Weenked - 11/10/2009 PAPADOM

so, sudah perfikir panjang malam semalam masa tido,

jadi hari yang ditunggu pun tiba, ja bangun macam biasa kul 8 basuh baju mcm biasa,

jam 9.30 pagi ja kuar dari umah menuju ke bank. Tiga bank ja g hari ini,

CIMB = untuk ambil ait gaji, Maybank = bayar sewa rumah, Bank Islam = simpanan :)

lebih kul 10.30 habis laa rancang yang utama sekali...

lepas kete ja terus menuju ker JUSCO IPOH...

mula2 cadang nak cuci mata hehe.. barang2 sana kan?

last2 boleh pulak tgk filem PAPADOM :)
cite nie best laa memang patut laa dia menang banyak award masa FFIM22 yang telah berlangsung bulan Ogos yang lepas di UMS.

Anugerah Filem Terbaik, Anugerah Pelakon Lelaki Terbaik dan Pelakon Wanita Terbaik...

memang pelakon dalam filem nie semua hebat2.. tambah2 lagi Afdlin Shauki kan?

Terdapat beberapa fakta yang menarik tentang PAPADOM nie
(pandangan ja:)
  • sangat meyayat hati tentang kisah antara ayah dan anak perempuan.
    MyEm0.Com
  • terhibur dengan susunan komedi dalam filem ini yang tak kering gusi dari mula cerita hingga habis cerita ini.
    MyEm0.Com
  • memang benar lelaki bukan mudah untuk mengeluarkan ayat/perkataan untuk menyampaikan perasaannya, lelaki yang akan sampaikan kasih sayangnya melalui perbuatannya terhadap yang tersayang.
    MyEm0.Com
  • bila sesuatu yang terjadi kita akan buat apa sahaja untuk yang tersayang.
  • filem ini sesuai ditonton oleh semua rakyat malaysia, memang Afdlin Shauki menerapkan unsur 1 Malaysia dalam filemnya.
ja memang suka filem ini, memang berbaloi pergi sorang2 untuk tengok filem nie..
MyEm0.Com
kawan2 yang lain jangan lupa yea tgk.. memang best...

post signature

Related Posts with Thumbnails