Followers- mencari yang ke 1000

Pages

Sunday, February 27, 2011

.....


sepi....

kesunyian.....

kesedihan.......

post signature

Tuesday, February 15, 2011

kelahiran nabi KITA....

salam semua bloggers,

hari ini semua umat Islam akan menyambut kelahiran Nabi kita Muhammad S.A.W.

kita nie lumrah suka ambil tahu kelahiran anak artis-artis kan di dunia nie...

meh sini ja share info ja dapat, kita sama dengan diri ja nie kenal lebih dekat lagi siapa itu MUHAMMAD BIN ABDULLAH

Artikel dipetik daripada buku Biografi Muhammad Bin Abdullah tulisan Zulkifli Mohd. Yusoff dan Nor Naemah Abd. Rahman

Apabila tiba saat Abdullah mahu dikahwinkan, Abdul Muttalib mengahwinkan Abdullah dengan Siti Aminah binti Wahab, yang juga daripada keturunan suku Abdul Manaf. Keturunan ayah dan ibu Muhammad adalah daripada Qusai bin Kilab. Kesemua mereka daripada keturunan Ismail. Daripada sudut keturunan pun, Muhammad bin Abdullah adalah orang paling mulia dan paling bangsawan.

Keluarga Siti Aminah tinggal di Yathrib atau Madinah. Abdul Muttalib membawa anaknya Abdullah ke Yathrib. Abdul Muttalib membawa anaknya Abdullah ke Yathrib dan dikahwinkan di sana dengan Siti Aminah. Selepas itu, mereka pulang ke Mekah. Semasa Siti Aminah mengandung, ayah Muhammad meninggal dunia sebelum beliau dilahirkan lagi.

Sebelum Aminah melahirkan Muhammad, dia bermimpi melihat dirinya melahirkan seorang anak lelaki yang lahir bersama satu cahaya yang memenuhi bumi. Siti Aminah juga melihat dirinya berdoa kepada Tuhan, "Aku berlindung kepada Tuhan yang Esa supaya diselamatkan anak ini daripada semua orang yang dengki." Kelahiran ini adalah pada hari isnin 12 Rabiulawal Tahun Gajah atau mengikut ahli sejarah 50 hari selepas peristiwa tentera gajah.

Banyak perkara yang pelik berlaku semasa kelahiran Muhammad. Hasan bin Thabit, penyair Muhammad menceritakan, salah satu daripada tanda itu, katanya, semasa Muhammad lahir, dia berada di Madinah dan umurnya pada masa itu tujuh tahun. Pada hari itu, aku berada dalam majlis orang-orang Yahudi Madinah. Seorang ulama Yahudi memanjat ke atas bumbung rumahnya sambil menjerit kepada semua orang, "Bintang Ahmad muncul di langit." Bintang ini muncul apabila Muhammad dilahirkan. Hasan menyaksikan sendiri peristiwa itu.

Siti Aminah ibu Muhammad bin Abdullah pernah memberitahu, semasa dia mengandungkan Muhammad dia tidak merasa penat ataupun sakit. Menurut sejarah lagi, Muhammad dilahirkan dalam keadaan sujud dan sudah berkhatan.

Apabila berita kelahiran ini sampai kepada Abdul Mutalib, beliau terlalu gembira. Apabila dia mendengar cerita-cerita tadi, dia bertambah gembira. Pada masa itu, Abdul Muttalib sudah menyebut anak ini akan mempunyai masa depan yang besar. Oleh kerana terlalu gembira, Abdul Muttalib terus membawa Muhammad ke dalam Kaabah sambil bersyukur kepada Tuhan.

Nama Muhammad diberikan oleh Abdul Muttalib. Pada suatu masa, Abdul Muttalib pernah mengembara ke negeri syam dengan tiga orang sahabatnya. Mereka bertemu dengan ulama Yahudi di Syam. Rahib ini bercerita kepada mereka, akan lahir seorang nabi di Mekah yang bernama Muhammad. Selepas itu, apabila pulang, keempat-empat mereka berazam menamakan anak mereka Muhammad. Dari sinilah Abdul Muttalib menamakan cucu lelaki daripada anak kesayangannya itu dengan nama Muhammad. Sebelum itu, orang-orang Arab tidak ada yang bernama Muhammad.

Antara perkara pelik yang berlaku semasa kelahiran Muhammad juga adalah bergegarnya Iwan Kisra iaitu istana Raja Farsi, kerajaan yang paling besar pada masa itu. Gegaran itu menyebabkan 14 anjung istana runtuh dan api yang sudah disembah oleh Majusi sejak beribu-ribu tahun yang tidak pernah terpadam sebelum ini terpadam. Gegaran itu juga menyebabkan tasik yang bernama Tasik Sawwah yang berdekatan dengan istana Farsi itu tertimbus.

Apabila kisra iaitu Raja Farsi melihat kejadian-kejadian pelik ini, dia menjadi sangat takut, lalu memanggil ahli-ahli nujum dan pendeta-pendetanya yang dapat berhubung dengan jin. Jin-jin sebelum kelahiran Muhammad boleh naik ke langit. Merekalah yang memberitahu berita-berita ini kepada pendeta-pendeta dan ahli-ahli nujum. Dari sinilah para pendeta dan ahli nujum membuat ramalan mereka.

Allah berkata dalam surah al-Jin ayat 9 yang bermaksud, "Kami para jin sebelum ini mempunyai tempat untuk mendengar berita di langit, barang siapa yang mencuri mendengar lagi sekarang akan dipanah." Ada antara pendeta ini yang menyebutkan para kisra, peristiwa ini berlaku kerana kelahiran seorang nabi.

Kisra bertanya maksud 14 anjung istana kisra yang runtuh. Mereka berkata, "Kerajaan Farsi akan diperintahkan oleh 14 orang kisra lagi selepas itu kerajaan Fasri akan jatuh." Kisra berkata, "14 orang kisra lagi memaparkan tempoh yang panjang, masih lama lagi, tidak perlu dirisaukan."

Selepas kematian kisra ini, anak-anaknya berebut kuasa. Dalam masa empat tahun sahaja, 10 orang memerintah Farsi. Semua ini petanda kejatuhan kerajaan yang paling besar pada masa itu iaitu kerajaan Farsi. Inilah antara berita gembira yang berlaku sempena kelahiran Muhammad.

info ini ja ambil sama dengan sumber, supaya tiada info yang tertinggal...

maklum laa nanti ada pulak yang kata ja tiru bulat-bulat dari sumber.......

"Selamat Menyambut Hari Keputeraan Nabi Muhammad S.A.W 1432Hijriah"

post signature

Thursday, February 10, 2011

beramah mesra lahhh... sebelum anda dipinggirkan...

salam semua bloggers,

ahhh sudah lama ja tak mengupdate blog ja nie dengan cite pasal hal-hal sekolah nie kan....

kehidupan di sekolah kalau kita lihat dari bilik guru... sering kali guru masuk keluar sekolah... maksudnya sering kali guru berpindah, guru bertukar dan guru berposting....

kenapa perubahan yang berlaku ini makin teruk ja rasa....kenapa dulu-dulu guru-guru sangat ramah sekali tak kira pada pelajar mahupun rakan sekerja....

http://www.cute-smiley.com

tetapi sekarang kenapa ada yang sebaliknya.... susah ker kalau kita mulakan dahulu berkenalan, beramah mesra dah terang-terang kita orang baru, berada di tempat baru. kita mesti laaa mengikat tali hubungan yang baru pulak...

nie lain pulak ja tengok, ja nie bukan laa guru yang senior pun, baru jer keje nak masuk 4 tahun. Alhamdulillah ja ada ikatan yang baik dengan rakan sekerja di sekolah tak kira pagi dan petang....

Ingatan kita semua, mahupun diri ja nie. kalau ja berpindah, harap-harap sangat ja tak digolong dalam golongan itu... mesra laa pada orang lain, sebelum kita dipinggirkan di dalam komuniti kita sendiri.. sapa yang susah akhirnya?? diri sendiri jugak kan???

jadi pikir-pikirkan lahhhhh
http://www.cute-smiley.com

post signature

Tuesday, February 8, 2011

GIVEAWAY - SPECIAL GIFT FROM MIA-INA


salam semua bloggers,

wahhh dah lama ja saja-saja masuk contest nie....

kali nie memang ja saja-saja nak memeriahkan contest salah sorang blogger yang ja rasa ja dah follow lama lahh jugak..

macam biasa laaaa dalam contest mesti ada soalan yang ja kena jawab kan.....

  • Sejak bila anda mengikuti blog mia-ina?
sejak bila ja mengikuti blog mia nie?? ermm ja rasa macam dah lama dah sejak ja belum tunang lagi rasa mungkin tahun lepas, asalnya ja mengikuti blog mia nie disebabkan diet. mungkin masa tuu ja nie salah sorang silent reader mia lahh.. yelah mia kan seorang yang tegar berdiet. ja suka melihat apa yang mia buat sepanjang diet nyer..... hingga laa akhir tahun lepas ja dengan mia jadi agak rapat di dalam blog disebabkan blog baru yang ja buat khusus masa ja bertunang nie.. disitu mia selalu meninggalkan pesanan pada ja.. dan dari situ laa ja kenal mia dari mia tunang sampai sekarang dah kahwinn.. hehe
  • Kekerapan anda berkunjung di sini?
ermmm kekerapan yea... ja nak kata pun tak berani disini sebab tak de bukti nak menunjukkan kekerapan ja berkunjung di blog mia.... tapi setiap kali mia membuat entry baru ja mesti singgah membaca.. lagipun mia kan seorang guru ada jugak teman seperjuangan untuk sesi luahan dalam kerjaya ini...
  • Apa istimewanya blog 'Istana Cinta Adin-Mia' di sudut hati anda ?
keistimewaan blog 'Istana Cinta Adin-Mia' pada hati ja, lebih kepada luahan sorang wanita tentang apa yang berlaku dalam kehidupannya... dalam ketekadtan seorang wanita untuk berdiet, menguruskan badan demi kesihatan di masa hadapan.. sanggup memenuhi cabaran yang sangat 'teruk' diluar sana....
  • Komentar negatif (beri saranan like pembaikian blog / kritikan membina)
pandangan ja hanya berharap mia teruskan berblog dengan cara mia yang tersendiri. itu sahaja....
http://www.cute-smiley.com
harap semua nyer terjawab laa yea mia....
mungkin ada luck ker hehe..
thanks mia kerana menjadi kawan ja dalam dunia blog ini...

post signature

Sunday, February 6, 2011

sape suka donut? :)

salam semua bloggers,

ja percaya semua orang suka donut kan??

ja dulu-dulu suka DUNKI DONUT tapi baru-baru nie adik ja memperkenalkan donut yang baru...

maklum laa DUNKI DONUT tak de kat IPOH nie, kalau nak kena laa g RnR Tapah pastu patah balik semata-mata nak makan kan....

haa cite balik donut baru yang adik ja perkenal itu ialah....

.....BIG APPLE....

kalau nak tahu BIG APPLE ini dah lama ada kat JUSCO IPOH nie, memang ja selalu lalu lalang depan kedai nie, tapi tak de hati nak beli hehe....

uhhh memang sedap laaa hehe...

maaf laa ja lupa apa yang ja pilih macam atas nie.....


post signature

Saturday, February 5, 2011

Selamat Bertunang Kak Yan :)

salam semua bloggers,

Selamat Tahun Baru Cina kalau ja terlambat, macam biasa laa kalau ja balik Taiping memang ja tak update blog ja nie.....

hari ini ja semata balik Ipoh sebab nak meraikan pertunangan bagi ja seorang kakak yang tua dari ja... kak yan jugak salah sorang blogger yang ja follow blognya ANDAIKU TAHU ...

jom kita tengok gambar ja ambil sebelum photographer sampai....

selamat akak... selamat memasuki ke dunia pertunangan yang penuh dengan cabaran.. darah manis nie hehe...

nie laa family kak yan.... kak yan yang sulung ada 3 adik perempuan semua...

kak yan bersama adiknyer

hantaran dari pihak lelaki...

hantaran dari pihak perempuan....

kak yan bersama tunangnyer yang baru jer sebulan lebih kenal.....

dan picca akhir sekali mesti laa tuan punya blog dengan kak yan....

ja doakan agar kak yan selamat tempuhi dunia bertunang ini dengan hati yang tenang dan gembira... betul akak ja macam-macam rasa masa tunang nie...

Align Left

post signature

Wednesday, February 2, 2011

labeling baru...

salam semua bloggers,

salam hari ke-2 Februari bagi tahun 2011

entry hari ini pendek sahaja....

cuma ja nak memperkenalkan labelling terbaru ja...

atas nasihat kawan-kawan blogger ja sendiri....

hasilnyer...

simple... de profesional tak??..... memperkenalkan hasil ja....

Insyallah bulan 2 ini akan de banyak lagi hasil photography ja hehe...

minta tunjuk ajar yea...
http://www.cute-smiley.com


post signature

Related Posts with Thumbnails