salam semua bloggers,
ahhh sudah lama ja tak mengupdate blog ja nie dengan cite pasal hal-hal sekolah nie kan....
kehidupan di sekolah kalau kita lihat dari bilik guru... sering kali guru masuk keluar sekolah... maksudnya sering kali guru berpindah, guru bertukar dan guru berposting....
kenapa perubahan yang berlaku ini makin teruk ja rasa....kenapa dulu-dulu guru-guru sangat ramah sekali tak kira pada pelajar mahupun rakan sekerja....
tetapi sekarang kenapa ada yang sebaliknya.... susah ker kalau kita mulakan dahulu berkenalan, beramah mesra dah terang-terang kita orang baru, berada di tempat baru. kita mesti laaa mengikat tali hubungan yang baru pulak...
nie lain pulak ja tengok, ja nie bukan laa guru yang senior pun, baru jer keje nak masuk 4 tahun. Alhamdulillah ja ada ikatan yang baik dengan rakan sekerja di sekolah tak kira pagi dan petang....
Ingatan kita semua, mahupun diri ja nie. kalau ja berpindah, harap-harap sangat ja tak digolong dalam golongan itu... mesra laa pada orang lain, sebelum kita dipinggirkan di dalam komuniti kita sendiri.. sapa yang susah akhirnya?? diri sendiri jugak kan???