Followers- mencari yang ke 1000

Pages

Friday, February 26, 2010

Maulidul Rasul 2010/1431H

Hari ini ialah hari kita menyambut Maulidul Rasul 2010/1431H

sedikit sejarah maulidul rasul :

Perayaan Maulidur rasul telah diasaskan oleh kerajaan Fatimiah di Mesir. Kerajaan Fatimah telah merayakan perayaan ini secara besar-besaran. Bukan hanya hari jadi Rasulullah saw sahaja yang dirayakan, tetapi juga ahli keluarga Nabi saw seperti Zainab, Hassan, Hussain (r.a.). juga dirayakan. Bahkan mereka juga merayakan kelahiran Nabi Isa as.

Walaubagaimanapun, semua perayaan ini telah dihentikan pada tahun 488 atas perintah Perdana Menteri al-Afdal Shahindah pada ketika itu yang berpegang kuat pada sunnah seperti tercatit di dalam buku Al-Kamel, karangan Ibnu Al-Atheer. Masyarakat berhenti merayakannya sehingga Al-Ma’moon Al-Bataa’ni memegang kuasa kerajaan. Beliau telah yang memulakan kembali perayaan yang telah dihentikan sebelum itu.

Apabila Kerajaan al-Ayubbiah merampas kuasa, semua perayaan telah dihentikan. Namun begitu, masyarakat tetap merayakannya dikalangan keluarga mereka di dalam rumah. Pada Abad ke 7, Putera Muzafar Al-Deen Abi Sa’d Kawakbri Ibn Zein Ed-Deen `Ali- Ibn Tabakatikin telah mewartakan perayaan Maulid Nabi di Bandar Irbil. Beliau merupakan seorang sunni. Muzafar mengambil berat akan perayaan ini sehingga memerintahkan agar persediaan seperti mendirikan khemah, menghias khemah dan pelbagai lagi dilaksanakan seawal dan sebaik mungkin. Setiap kali selepas solat Asar, Muzafar akan menyaksikan perayaan ini di dalam khemah yang telah didirikan itu.

Perayaan diadakan pada 8 Rabiulawal dan kadang-kadang 12 Rabiulawal. Sambutannya diisikan dengan pelbagai acara antaranya membaca sejarah Nabi (s.a.w.) sehinggalah kepada menghias binatang ternakan untuk disembelih kemudian diadakan jamuan besar-besaran.


post signature

Thursday, February 25, 2010

selesai hutang dunia...


(gambar sumber dari GOOGLE)

hari ini 25hb setiap bulan ja rasa semua tau hari ini hari pe kan??

dah jadi tanggungjawab ja semenjak ja keje, dok sendiri ini, semua 'hutang-hutang dunia' ja kena selesaikan hari ini, sebelum ja g sekolah nanti...

selepas sekolah pulak ja kena pulang balik ke Taiping sebab esok ja kena ke KL sepupu ja dah nak kawin pun dia, kami nie sebaya tapi dia dahulu dalam kawin nie..

(yang tepi sekali pakai tudung purple tuu)

tak pelah dah jodoh dah sampai kan hehe...

time ja akan datang kan abang hehe....

jadi hujung minggu nie blog ja akan bersawang lah sekejap :)

http://emo.huhiho.com

Nota kaki : jumpa lagi minggu depan :)

post signature

Wednesday, February 24, 2010

apa yang dirancang tidak sama apa yang berlaku...


(sumber dari GOOGLE)
" sesuatu kejadian, sesuatu suasana, sesetengahnya kita nie sebagai manusia hanya boleh merancang tapi ALLAH yang menentukan" perempuan, memang lumrahnya selalu sangat berfikir@plan untuk masa hadapan tentang pe yang nak dilakukan betul tak? jadi bila sesuatu itu telah dirancang dengan agak sempurna, tetapi tiba pula sesuatu yang menghalang ia berlaku dengan sempurna
http://emo.huhiho.com

keadaan 1 : si Gadis telah membuat perancangan untuk menyambut kelahiran orang yang disayangi secara kejutan. semua telah dilakukan dengan hubungi kawan-kawan, set tempat, beli barang, beli kek, semua lah si Gadis nie buat. Tiba-tiba dengan izin Allah ibu kepada orang kesayangan telah sakit tenat dengan tiba-tiba di kampung. Orang kesayangan itu dengan rush balik kampung untuk melihat ibunya. Si Gadis terpanggu melihat kesemua usaha yang telah dilakukannya tidak berguna lagi.

keadaan 2: si Gadis telah membuat perancangan untuk menyambut kelahiran orang yang disayangi secara kejutan. semua telah dilakukan dengan hubungi kawan-kawan, set tempat, beli barang, beli kek, semua lah si Gadis nie buat. Tiba-tiba muncul orang ketiga yang sengaja mengambil kesempatan setelah mengetahui usaha si Gadis itu lakukan. Orang ketiga ini telah berpura-pura memelurkan pertolongan orang kesayangan tersebut sehingga orang kesayangan tersebut lupa untuk berjumpa dengan si Gadis.

kesimpulan nyer.. walau ape-ape pun terjadi selepas perancangan yang dilakukan, hati kita nie haruslah bersabar dan redha dengan kehendak ALLAH mungkin ade rahmat disebalik kejadian yang berlaku itu...

http://emo.huhiho.com

Nota kaki : jadi bersabar laah hati ini...

post signature

update LUCKY DRAW DAIRY GIRLZ SCOPIO


sebelum ja mula dengan mukadimaah ja..

ja nak minta maap banyak sebab ja dah delay banyak hari nak pos hadiah untuk pemenang LUCKY DRAW yang dah pun lepas berminggu-minggu lepas..

http://emo.huhiho.com

semalam salah sorang pemenang baru email ja alamat, dan ja minggu nie banyak betul 'orang' yang bagi keje ja kat sekolah, plan hari ini nak g pejabat pos dah kena delay lagi sebab kena g sekolah awal nak kena siapkan keje tuu sebelum 'esok'...

Insyallah minggu ja mesti pos yea... harap Aina Adnan, Mamlyna dan Green Apple dapat bersabar yek :) lapi pun hadiah yang ja nak bagi tu biasa-biasa jer...

http://emo.huhiho.com

post signature

ladies night....

kepala memang balik je sekolah petang tadi, memang 'serabut'... nasib baik laa dah plan nak 'dating' dengan yong malam nie tengok wayang..

janji kul 8.00 malam kebutulan pulak tadi hujan kira lebat laa jugak, pakat semua orang nak cari parking kat 'roof' kan?? ja pun gatal laa naik atas sama, join sekali mencari.. last-last ikut jer yong parking kat atas sekali hehe... jumpa laa tempat yang selama nie ja tak penah g pun, tulah kalau ja tak naik memang ja tak tahu laa de parking kat situ hehe.....

kami tengok cite ' THE WOLF MAN'

ermmm cite nie boleh tahan laa, tak de laa best sangat.. cuma banyak part yang bagi 'terkezut' jer hehe... betul laa cakap kawan yong, memang ja banyak kali 'terkezut' nasib baik tak 'terpeluk' yong hehe...

muka dia memang menakutkan, memang banyak laa percikan darah, usus semua yang dalam perut terkeluar hehe..

disebabkan tadi kami tak dan nak makan kat JUSCO sebelum tgk movie, jadi ja dengan yong pun explore tempat baru yang baru jer buka kata yong, sebab ja pun tak tahu dia buka kat THE GARDEN de buka satu lagi tempat yang boleh lepak-lepak iaitu di PAPA RICH

saje nak try tempat baru kat IPOH nie, lagi pun de kawan, kalau sorang-sorang mampus tak pegi lah ja tempat-tempat mcm nie... best laa dapat sembang sampai lewat malam hehe... dah laa dua-dua orang nie anak dara balik lewat malam hehe... Allhamdulillah dapat balik dengan perjalanan yang baik hehe...

http://emo.huhiho.com

ini lah "Ladies Night" yang best ja rasa hehe, dapat hangoout dengan kawan ja hehe.. yong nanti kita kuar lagi yek hehe.... k laah nak tido laa dah pukul 2 dah pun... soalan ujian bulanan Mac pun dah siap tadi hehe..

esok kena laah kembali 'serabut' kan kepala otak ja nie kat sekolah..... chaiyok....http://emo.huhiho.com

post signature

Tuesday, February 23, 2010

~Meehoon Goreng Singapore~

ermm dah lama ja tak share resepi hehe...

minggu lepas masa cuti de laa ja tolong mak ja masak..

jadi hari nie kita tgk resepi

~Meehoon Goreng Singapore~

ja rasa semua mesti tahu resepi nie kan? sebab senang je nak buatnyer... de jugak orang kenali dia dgn bihun goreng putih sebab dia warma putih hehe...

http://emo.huhiho.com

tapi tak pee ja cuma nak tambah koleksi resepi ja dalam blog ja nie hehe... tak salah kan??

Bahan-bahan

  • *1 bungkus mi (400gm). Rendam dalam 20-30 minit & toskan
  • 6 ulas bawang putih
  • 8 ulas bawang merah
  • 3/4 sdb garam
  • kiub pati ayam
  • 300gm ayam
  • 200gm udang
  • 200gm fishcake
  • 1-1.25 liter air
  • carrot - potong halus/ kukur
  • sawi
  • daun sup & daun bawang - racik halus
  • taugeh
Cara-cara
  1. Meehoon di rendam dan ditoskan. Ketepikan dahulu.
  2. Tumbuk halus bawang putih, bawang merah dan garam. Tumiskan sehingga naik bau/garing.
  3. Masukkan kiub pati ayam.
  4. Masukkan pula daging, udang dan fishcake.
  5. Bila ayam, udang & fishcake masak, tuangkan pula air.
  6. Bila air mendidih, masukkan mi yang telah digoreng tadi. Rasa lah masa nie ikut citarasa masing-masing.
  7. Kemudian, bolehlah masukkan sayur-sayuran.
  8. Taburkan dengan bawang goreng @ telur dadar yang dihiris sebelum dihidang. Dan, sangat sedap bila dimakan dengan cili padi letak kicap hehe...
ermmm ja rasa semua dah tahu kot...

SELAMAT MENCUBA!!!
http://emo.huhiho.com


post signature

Monday, February 22, 2010

sakit..... huhu....


hari ini genap 10 kali ja ade appoiment dengan doktor ja...

tapi malam nie ja jumpa dengan...

jarum panjang, gerudi, kapas dan darah huhu......

dan dapat perkataan WORST IN ORTHOPODIK

http://emo.huhiho.com

huhu.... tak tahu mcm mane nak gambar kan...

ja akan ambil iktibar semua nie.....

no more eating.....

huhu... yang dapat ja gambar kan...

sakit..... kebas...... ngilu.....

sedih..... malu....

http://emo.huhiho.com

post signature

Sunday, February 21, 2010

Kempen Earth Hour Malaysia 2010 by BlogJog


ermmm jom kita semua kawan-kawan blogger semua..

ini bukan contest@giveaway@lucky draw pun..

just sokong Kempen Earth Hour Malaysia 2010 ini...

bukan untuk sape pun untuk kita, anak cucu cicit kita jugak kan? hehe

jom kita tutup laptop+tv+lampu+modem korang selama sejam jer pun. at least kita bloggers nie de jugak sumbangan kita pada negara kita betul tak???

ape-ape pun sape2 nak join boleh klik link nie ---> Kempen Earth Hour 2010

post signature

Saturday, February 20, 2010

benci kepada manusia bertopengkan syaitan?

http://emo.huhiho.com
walaupun tajuknya agak 'kasar' bunyi nyer..

tapi itulah hakikatnya, yang berlaku pada zaman sekarang ini..

tajuk ini agak am kan?

tapi untuk entry hari ini, ja nak kait dengan 'kes buang bayi'....

tadi ja dah join group "Saya Benci Kepada Orang Buang Bayi"

tengok lah punya banyak laa kes buang bayi ini.. :-

4 Mac 2009
BALIK PULAU: Mayat seorang bayi lelaki yang baru dilahirkan ditemui di dalam longkang di tepi jalan Batu Feringgi-Teluk Bahang, di sini. Mayat bayi yang masih bertali pusat dan kesan darah di badan dijumpai dibungkus dengan tuala mandi oleh seorang kakitangan Majlis Perbandaran Pulau Pinang, jam 10 pagi.
17 Februari 2009
KANGAR: Seorang pembantu rumah warga Indonesia menyorok bayinya dalam laci almari bilik tidur di rumah majikannya yang juga pegawai kanan polis, di sini, sejak tiga hari lalu. Yanti, 22, mengaku terpaksa bersalin sendirian di tandas sebelah bilik tidurnya di tingkat bawah rumah itu pada malam Khamis dan menyembunyikan bayi itu daripada majikannya kerana takut dimarahi dan dihantar pulang ke negaranya.

4 Februari 2009
NILAI: Penemuan seorang bayi lelaki yang berpakaian lengkap serba biru dengan sarung tangan, topi, beg dan tuala bersama botol susu di koridor tingkat dua Flet Cempaka, dekat sini, menggemparkan penduduk rumah pangsa berkenaan. Bayi yang dipercayai berusia sebulan itu ditemui seorang penduduk di lantai koridor sebelum memaklumkannya kepada polis.

7 Januari 2009
PETALING JAYA: Polis menemui seorang bayi perempuan berusia dua minggu yang disembunyikan dalam beg hitam sebelum ditinggalkan di belakang sebuah rumah teres di Kampung Cempaka, Kelana Jaya, dekat sini. Difahamkan, kejadian disedari pemilik rumah itu jam 2.50 pagi sejurus membuka beg berkenaan dan tersentak melihat bayi yang dibaluti tuala masih bernyawa.
21 Disember 2008
SUNGAI PETANI: Seorang remaja berusia 17 tahun disiasat polis berhubung penemuan mayat seorang bayi perempuan yang baru dilahirkan dan masih bertali pusat di belakang rumahnya di Kampung Bujang, Merbok, dekat sini, semalam. Remaja terbabit yang dikatakan mahu menyembunyikan kelahiran bayi itu daripada keluarga meninggalkan mayat bayi berkenaan di kawasan belakang rumahnya, tetapi ditemui oleh bapanya sekitar jam 5 petang.

15 Oktober 2008
KUALA TERENGGANU: Seorang wanita berusia 21 tahun dari Jertih, Besut, dipercayai meletakkan mayat bayi lelaki baru lahir dalam sejadah di Masjid Tengku Tengah Zaharah, Kuala Ibai, di sini, Sabtu lalu, direman tujuh hari mulai semalam. Polis membawa suspek yang memakai baju panas warna kelabu dan berseluar sukan putih ke Mahkamah Sesyen, kira-kira jam 11.30 pagi bagi mendapat tahanan reman membantu siasatan kes berkenaan. Mayat bayi lelaki dipercayai baru lahir yang dibungkus dalam sejadah ditemui berhampiran tabung derma Masjid Tengku Tengah Zaharah selepas solat Subuh.

29 September 2008
MARANG: Tindakan pantas seorang datuk mendengar tangisan di luar rumah yang berbeza daripada suara cucunya menyelamatkan seorang bayi lelaki yang ditinggalkan dalam gulungan paip getah di tepi rumahnya di Kampung Lama Seberang Marang, dekat sini. Datuk berkenaan, Othman Yeop, 48, berkata bayi malang itu yang dipercayai baru lahir, ditinggalkan di kawasan itu tanpa pakaian atau alas.

bagi ja bayi merupakan anugerah ALLAH yang paling bermakna, sungguh menyedihkan bila ja melihat keadaan bayi yang sunggu teruk dilakukan oleh 'ibubapa' yang langsung tak de hati.

(sumber dari GOOGLE)

lihatlah sungguh comel bayi bila dilahirkan ini, kalau yea lah tak nak pun, berilah kepada ibubapa yang telah bersungguh-sungguh ingin memiliki anak tetapi masih belum lagi dianugerahi lagi. sekurang-kurangnya bayi itu masih de tempat bergantung. sanggup kah kita yang dianugerah 'otak' sanggup melihat bayi seperti ini??

(sumber dari FB-group saya benci orang yg buang bayi)

sungguh ja berkata benar, ja rasa sebak bila melihat gambar diatas ini. tak kasihan kah kita pada bayi ini???yang hairan nyer semua bayi ini semuanya cukup sifatnya...Kepada ibubapa yang sudah 'tak tahan' sangat nak 'buat anak' jangan laah buat begini, sudah lah 'buat anak' itu pun sudah dosa besar, inikan buang bayi lagi laah dosa besar.

ja pun bukan baik sangat nak ingatkan orang lain, ja pun ingatkan diri ja jugak dan kepada anak didik ja. marilah kita sama beringat kepada kita yang hanya sementara sahaja di dunia ini..

post signature

Friday, February 19, 2010

Yang Bertuah dalam LUCKY DRAW DAIRY GIRLZ SCOPIO

jadi inilah yang ditunggu-tunggu kan...

3 kawan blogger yang telah memasuki LUCKY DRAW yang telah dilangsunugkan minggu lepas :)

jadi hari ini, ja akan mengumumkan sape yang bertuah dalam blog ja nie...

proses untuk cabutan bertuah nie, dimana ja telah menulis no1 hingga no60. Nombor-nombor ini mewakili nama-nama blogger yang telah menyertai LUCKY DRAW ini.. (senang sikitlah kan sebab tulis nombor jer)

lepas tuu, ja lipat kecil-kecil dan letak di dalam kotak yang 'cantik' ini...

macam kata salah sorang dari peserta LUCKY DRAW nie, jampi lah hehe.. jampi yang ja buat ialah ja hanya 'goncang-goncang'kan ia hehe...

dan akhirnya adik ja telah mengambil 3 nombor yang bertuah, nombor yang bertuah itu ialah....

http://emo.huhiho.com

|
|
|
|
v

tahniah kepada..

no 22 aina adnan

no 53 ::Mamalyna::

no 60 GreenApple

tahniah kepada pemenang dan kepada 57 blogger yang memasuki LUCKY DRAW ja nie jangan sedih pulak :( ja harap tak de yang terasa pulak.. kepada pemenang jangan lupa email ja alamat yea untuk ja kirim hadiah..

http://emo.huhiho.com

berakhir sudah LUCKY DRAW ja yang pertama ini, ja disini ingin mengucapkan terima kasih kerana sokongan daripada kawan-kawan bloggger semua kerana mengikuti LUCKY DRAW ja ini, harap dimasa akan datang jangan lupa join lagi yek :) dan ja jugak ingin meminta maap jikalau sepanjang ja buat LUCKY DRAW ini ada yang tersinggung perasaan ke ape yek....

Nota kaki : harap ade rezeki ja ingin buat lagi

LUCKY DRAW yang ke 2 tunggu hingga follower yang ke 1000 pulak hehe...

http://emo.huhiho.com


post signature

Thursday, February 18, 2010

ermmm... sedap nyer....

( sumber dari en GOOGLE)

sedapnyer..... nikmatnyea....

apa yang sedap???

http://emo.huhiho.com

jangan pikir yang bukan-bukan lak yek hehe...

sedap sebab menikmati kek yang paling ja gemari....

iaitu ----> INDULGENCE CAKE

http://emo.huhiho.com

memang bagi ja puas bila makan kek ini, mungkin orang lain selalu makan kek ini, tapi ja makan bila ja betul-betul idam nak makan, yelah nak jaga badan lah kata kan... makan bila perlu lah, bila makan bila perlu, bila dapat merasa kek nie, rasa betul2 nikmat kek nie hehe....

jadi hari ini ja belanja adik, mak ja makan kek nie, tapi hari ini ja tambah satu lagi kek.. teringin pulak nak rasa kek ----> CHOCLATE FUDGE CAKE .. kalau kawan-kawan tengok struktur dia sama dengan INDULGENCE tapi rasa mestilah lain kan hehe.. ja rasa kawan-kawan yang dok KL@bandar mesti selalu makan kek-kek macam nie kan hehe... ja nie jarang makan sebab tuu bila dapat makan kek dari Secret's Recipes nie hehe.. paham-paham jer lah kan hehe..

boleh tak ja indamkan kek nie ada pada 'hari bahagia' ja nanti?? as a presents hehe...

http://emo.huhiho.com

ermmm betul laa ade mengatakan...

"makanlah bila kita betul-betul memerlukan, pada saat itu kita dapat menikmati rasa sebenar makanan yang kita pilih itu. Jadi pada waktu itu, bukan semata-mata nafsu makan untuk beli/masak sesuka hati"

Nota kaki : naik laa berat badan cuti nie huhuhhu...

post signature

Dini's Giveaway


ermmm.. sementara menunggu sape pemenangnyer boleh tak, tuan puanya blog nak masuk giveaway yang lain?? hehe

jadi hari ini ja nak masuk, giveaway blog dari tuan punya blog iaitu ardinihumaira...

DINI'S GIVEWAY

blog ini konsep nyer sama macam ja wat hari tuu, cabutan bertuah jadi pada sesiapa nak tahu dia bertuah ke tidak, macam ja nie.. masuk laa giveaway ini.. hadiah dia produk kecantikkan katanya hehe...

tarikh tutup : 31 March 2010

jadi ape lagi jom laa kita masuk giveaway ini, tak rugi pun hehe.. syarat2 dia macam biasa laa, untuk keterangan lanjut boleh klik gambar diatas tuu yek hehe....

Nota kaki : harap2 de luck laaa hehe

post signature

Related Posts with Thumbnails