Followers- mencari yang ke 1000

Pages

Showing posts with label masakan. Show all posts
Showing posts with label masakan. Show all posts

Wednesday, September 1, 2010

Ramadan ke22 ... makanan western? ' Garlic Bread'

salam semua readers,

malam nie genap Allhamdulillah kita berpuasa selama 22 hari sudah... ermmm rasa macam semalam je ja mula berpuasa... dah masuk 22 hari ja masih lagi belum 'bercuti' bukan minta, tapi nak menjadi biasa supaya ja sama dengan perempuan lain... tapi kalau dah di katakan ja berpuasa penuh tahun nie Alhamdulillah......

mood raya ja tahun nie agak berkurangan.. barang-barang pun beli yang wajib jer... tak de laa shopping sangat pun... sebab ja kena simpan duit untuk tahun depan... ermmm tuu laa yang sikit tension dalam kepala ja nie.... yea ja raya tahun nie bersederhana sahaja.... yang mana patut je :)

ohh cukup laa setakat tuu luahan hati jaa.. ja cuma nak share resepi yangja dapat dari ayah sedara ja belah abah. masa ja raya tahun lepas.... dialah yang ajar ja masak AYAM MASAK MERAH boleh klik di SINI untuk tahu resepi dia....dengan GARLIC BREAD nie.... senang je nak buat garlic bread nie hehe....

Bahan-bahan:

  • stick bread (jenis panjang selalu jual di Tesco)
  • butter/marjerin (dicairkan)
  • bawang putih (dicincang/dikisar halus)
Cara-cara :
  1. Stick bread yang panjang tuu dipontong secara menyerong
  2. Panaskan pan dengan sedikit minyak.
  3. Gaulkan sekali bawang putih yang dikisar itu dengan butter yang telah dicairkan tadi.
  4. Gunakan sudu sapukan campuran bawang putih + butter tadi diatas permukaan roti (depan&belakang)
  5. Bila dah masak boleh diterbalik-balikkan.
  6. dan sedap dimakan bersama 'Mushroom Soup'

SELAMAT MENCUBA
http://www.cute-smiley.com

post signature

Iftaar - " Tukar tema blog?"

salam semua readers,

mulai hari nie ja akan share pada blogger semua tentang resepi-resepi yang ja telah buat masa ja di rumah mak ja Taiping...

entah laa ja tak tahu nak share apa pada blogger semua...dah lama blog nie tak di update... mungkin blog ini ja akan tukar kepada blog resepi apa pendapat blogger semua????

dan akan gambar di atas jugak ja guna gadget kesayangan ja :)

ingin tahu resepi di atas?? boleh klik link dibawah..

KERABU TAUGEH

I really need blogger opinon...

more recepies in next entry.....
http://www.cute-smiley.com

post signature

Monday, August 23, 2010

~Sayur Kailan Ikan Masin~

salam semua readers,

wahh lama rasanya ja tak update blog ja nie,

mak, abah dan adik ja selamt sampai ke Tanah air Jumaat yang lepas, jadi ja ambik mereka dan terus balik Taiping.. benda nak jadi hari Jumaat tuu jugak gigi ja sakit pulak... macam macam benda nak jadi kan..

semalam di rumah adik tengah ja teringin nak makan SAYUR KAILAN IKAN MASIN jadi ja pun cari laa kailan nak makan.....

jadi hari nie ja share pada semua bloggers resepi ..

..SAYUR KAILAN IKAN MASIN...

Bahan-bahan

  • sayur Kailan
  • Ikan masin (dah siap digoreng)
  • udang ( 2-3 ekor)
  • hirisan bawang merah
  • hirisan bawang putih
  • hirisan cili merah
  • taugeh (* optional yea)
  • sos tiram ( 1/2 sudu besar)
  • sedikit garam (ikut rasa)
  • sedikit air
Cara-cara
  1. Sayur kailan di potong mengikut citarasa sendiri nak potong gaya mcm mane :)
  2. Tumis kan bawang merah dan bawang putih tadi hingga naik bau.
  3. Masukkan udang tadi hingga ia masak
  4. masukkan sayur kailan, gaulkan hingga ia masak dan batang nya lembut sedikit.
  5. Ikan masin tadi haruslah ditumbuk atau di hiris kecil dan terus dimasukkan bersama dengan sayur kailan tadi.
  6. Masukkan sos tiram sedikit gaul kan, kalau kering masukkan sedikit air sahaja... garam dimasukkan mengikut citarasa kita yek..
  7. dan tara.............

post signature

Saturday, August 14, 2010

Mee Goreng Sos Tiram

salam semua readers,

ini kali berapa ja post entry untuk hari ini..

nie laa yang melambangkan ja memang bosan tahap tak tahu nak cakap macam mane...

adik ja dah pun balik Kedah, kini ja kembali berbuka sorang-sorang lagi....

hari ini memang ja dok umah jer tak de kuar pun, melainkan malam nanti nak ke masjid untuk terawih. sebab dah dua malam ja terawih sendiri sebab teman adik ja sakit gigi....

jadi untuk berbuka hari ni ja masak ape yang ada dalam peti ais ja...

~MEE GORENG SOS TIRAM + DAGING BURGER~

Bahan-bahan :

  • Mee Kuning (satu bungkus)
  • Daging kisar (ikut suka nak banyak mane)
  • Daging burger (sekeping jer)
  • Cili mesin (cili boh)
  • bawang putih (hiris halus)
  • sayur sawi
  • kuib ayam ( 1 jer cukup)
  • telur (1 biji)
  • kicap secukup rasa
  • sos tiram (1 sudu besar)
  • air secukup nyea
Cara-cara
  1. panaskan minyak. tumiskan bawang putih hingga naik bau.
  2. masukkan cili mesin tadi dan tumiskan hingga cili tadi masak.
  3. bila cili dah masak, masukkan daging kisar dan hirisan daging burger tadi. masakan hingga kedua-dua ia masak.
  4. masukkan sayur sawi tadi hingga batang sawi tadi lembut. masukkan telur biarkan hingga masak barulah ia dikacau rata.
  5. masukkan sos tiram, kuib pati ayam dan gaul hingga rata. kalau pekat sangat masukkan sedikit air.
  6. hingga semua dah masak. masukkan mee kuning + kicap tadi dan gaul hingga sebati.
  7. biarkan seketika untuk mee kuning tadi masak...
  8. boleh dihidangkan panas-panas...

Selamat Mencuba dan Berbuka Puasa!!!!
http://www.cute-smiley.com

post signature

Wednesday, August 11, 2010

berbuka hari pertama

salam semua readers,

wahhhhh tinggal lagi beberapa minit lagi nak berbuka...

Alhamdulillah hari ini terdaya ja menunaikan ibadat puasa...

Align Leftdisekolah hari nie memang penat rasanya, yealah anak murid semua bukan Islam lepas rehat lagi laa aktif lagi.. kena laa menjerit-jerit di hari pertama nie.. ja lihat semua muka guru-guru Islam semua nyer nampak penat sekali hari ini....

memang dalam rancangan ja kan. untuk tidak membeli makanan di bazar ramadan dalam bulan puasa ini.. akhirnyer lepas sekolah ja terus masak untuk berbuka hari ini.....

ja masak.....

sayur kacang panjang goreng

sardin goreng...

yang nie kalau tak habis nanti ja boleh buat nasi goreng, betul tak?? hehe...

memang makanan orang bujang kan... sangat simple dan yang penting perut dan mulut ja suka makan hehe... janji under budget hehe....
http://www.cute-smiley.com

post signature

Saturday, July 31, 2010

wink.. wink.. :)

salam semua bloggers,

http://www.cute-smiley.com

hari ini ja dapat suprise dari en.tunang, pagi dia call ja beritahu ja yang dia ada keje di Kuala Kangsar dan lepas habis keje kat situ dia akan singgah jumpa sebelum dia balik ke Kuala Lumpur.

dan ja jugak akan buat suprise untuk dia hehe...

masak makanan yang en. tunang suka....

en. tunang suka makan Meehoon Goreng Singapore nak tahu resepinya?? hehe memang ja dah buat lama dah, boleh klik di --> SINI

dan makanan yang kedua en. tunang suka KARIPAP 'BESAR'. resepi turun temurun yang diajar oleh mak ja hehe.. dah lama en. tunang minta ja buat baru hari sampai jugak hajat nyer...

khas untuk en. tunang yang kebelakangan nie keje tak tentu masa, cian jugak ja tgk en. tunang nie sejak-sejak nak kawin nie... susah payah dia cari duit..
http://www.cute-smiley.com
terima kasih en. tunang.......

post signature

Wednesday, July 21, 2010

tahu tak nama makanan ini?

salam kawan-kawan.....

adakah kawan-kawan tahu nama masakan ini?? hehe....

ini masakan tradisioanal, boleh letak pedas dan jugak rasa tak pedas :)

tapi bila makan panas-panas mesti kecur air liur menahan kepedasan + kesedapan hehe....

nak tahu tahu resepi ini nanti tunggu nest enrty ja hehe...

selamat meneka :)

post signature

Tuesday, July 20, 2010

Happy Birthday Angah :)




Salam semua,

enrty hari nie cite pasal semalam, semalam ja tak de mood disebabkan keje ja...

baru hari nie mood baik ja mai :)

semalam masa ja tak de mood memang ja pikir nak makan n shoping jer.. hehe pempuan laa katakan hehe....

kebetulan ja ambil adik ja yang baru balik dari KL lepas sekolah semalam....

hari ahad lepas birthday adik ja nie hehe...

jadi tak de hadiah, ja bawa dia makan kat JOHNNY semalam, dia pun tak penah makan lagi katanya :)

inilah birthday girlnya hehe... adik ja yang belajar di Ireland. Umur dia dah masuk 22tahun hehe....

Wish yong pada Angah : Semoga angah panjang umur, berjaya dalam peperiksaan yang besar nanti, semoga menjadi doktor yang disukai ramai, dan boleh berbakti pada semua orang. Dan juga terima kasih kerana menjadi adik yong dan sokong ape yang yong buat...

post signature

Monday, July 19, 2010

~ Kek Coklat resepi dari Mak ~



salam semua :)

macam mane weekend kawan-kawan semua....

semalam ja buat satu projek dengan mak ja hehe...

projek ape?? masak laah... kebetulan semalam birthday adik ja yang tengah, tapi birthday girl tak de g KL pulak. petang nie baru balik... jadi ja dengan mak niat nak buat kek untuk dia hehe...

mula-mula nak buat kek yang selalu ja buat tuu, tapi de satu bahan yang tak dapat nak cari di kawasan umah ja tuu... kalau nak tahu klik ----> SINI

jadi ja belajar resepi dari mak, mak lak dapat dari kawan baik dia hehe... ilmu nie...

jadi hari ja nak sebar kan pulak ilmu yang dapat dari mak ja nie pada kawan-kawan semua hehe.. senang jer..

Bahan-bahan

  • Bahan A (masak atas api hingga cair likat)
  1. 1 cawan koko
  2. 1 cawan air
  3. 1/2 cawan gula pasir
  • Bahan B
  1. 6 biji telur
  2. 250gm tepung kek
  3. 250gm gula kastard
  4. 250gm mentega
  5. esen vanila
  6. 1 sudu besar choclate emulco
Cara-cara
  1. pukul gula dengan mentega hingga kembang.
  2. masukkan telur satu persatu
  3. masukkan esen vanila, choclate emulco, tepung dan bahan A. Putar hingga ia sebati.
  4. Masukkan dalam bekas pembakar, hempas-hempas kan ia...
  5. Bakar dalam 40 minit, 160 darjah. Masa ikut kesesuaian bekas yang digunakan
senang kan hehe....

SELAMAT MENCUBA!!!!

Pesanan dari eja hehe :-

nak lagi sedap makan kek nie dengan SUSU lagi sedap hehe.....

post signature

Friday, July 16, 2010

~my 1st making cake~

ermmmm baru hari nie,

ja boleh nak buat enrty yang dalam lama tersimpan nie....

masih ingat kah yang ja ada cakap nak buat KEK INDULGANCE? hehe...

inilah hasilnya.....

inilah 1st kek yang ja buat, yang ada filing di tengah-tengah nya.....

ja dapat resepi kek nie dari blogger adik Rai. nak tahu resepi dia klik ----> SINI

tengok laaa kek ja banding kan dengan kek adik Rai buat berbeza sekali kan hehe.. maap adik Rai akak cilok ja kek cantik adik buat nie hehe...

ja dah bagi sikit tester, kakak-kakak sekolah kata semua okay, cuma moose dia masih lagi tak sama dengan SECRET RECIPIES ermmm... memang susah @ renyah nak buat kek nie, betul tak adik Rai? baru ja tahu... no wonder laaa kek sepotong kat SECRET RECIPIES mahal.....

apa-apa pun tq pada adik Rai....

post signature

Thursday, May 13, 2010

~Daging Burger wit Black Paper~

dah lama ja tak update pasal masakan hehe....

hari nie ja teringin nak cuba resepi dari blog masakan e-na Zarina favorite ja nie hehe

iaitu Daging Burger dengan Black Paper

memang simple giler dan bersuaian dengan ja nie hehe yang memang suka masak benda simple-simple nie hehe...

Bahan-bahan :

  • 2 keping daging burger
  • 1 sudu besar perencah daging black pepper maggie (ja guna yang dalam botol sama jer)
  • 1 ulas bawang putih - di mayang
  • 2 ulas bawang merah - di mayang
  • Hirisan bawang besar
Cara Memasak :
  1. Daging burger di potong kiub(ikur lah besar mane yang nak potong)
  2. Dengan menggunakan api yang besar dan sedikit minyak goreng daging burger.Balik-balikkan, angkat dan ketepikan.
  3. Tumis bawang merah dan bawang putih sehingga kekuningan.
  4. Masukkan perencah black pepper yang telah dibancuh dengan air.
  5. Kemudian masukkan daging burger tadi dan kacau sebati.
  6. Masukkan bawang besar dan perasakan garam. Tambah sedikit air jika terlalu kering.
  7. Sedap di hidangkan semasa panas. Eja dah cuba memang sedap..

terima kasih e-na hehehe sedap sungguh resepi e-na nie....
http://emo.huhiho.com

post signature

Monday, March 29, 2010

~Nasi Goreng Tomyam~


semalam ja kena jaga mak ja sakit lutut kan...

mak pun tak de selera nak makan yang berlauk jadi ja masak laa..

~NASI GORENG TOMYAM~

tak penah lagi ja buat saje ja try, alang-alang dah de perencah tomyam kan, jadi ja nak share laa dengan kawan-kawan semua...

Bahan-bahan:

  • nasi putih
  • bawang putih (dihiris)
  • bawang merah (dihiris)
  • perencah tomyam (ja guna ADABI punya)
  • ayam
  • udang
  • sayur campur
  • garam (digaul dalam nasi terus)
  • minyak
  • air
Cara-cara:
  1. Macam biasa nasi dimasak. Dah masak digaul dengan garam sedikit dan diketepikan.
  2. Tumis bawang putih dan bawang merah hingga naik bau.
  3. Masukkan ayam, udang tadi digoreng hingga masak.
  4. Masukkan sayur campur tadi biar seketika.
  5. Masukkan perencah tomyam kalau pekat boleh masuk air sedikit.
  6. Bila dah sebati dengan bahan-bahan tadi baru masukkan nasi dah gaul hingga rata.
  7. Siap untuk dihidangkan.
mak ja suka sambal belacan, jadi ja pun buat lah... lagi laa
KICK kan hehe bila makan dengan sambal belacan hehe...

senang ja rasa semua orang tahu buat, tapi saja nak meriah kan blog ja nie....

SELAMAT MENCUBA!!!

post signature

Friday, March 12, 2010

~Sizzling Mee~


jom hari nie kita buat

.....SIZZLING MEE.....

ini memang favorite eja, g mane2 mesti cari ini, tapi paling sedap masak sendiri lah hehe...

resepi asal guna mee sanggul tapi ja guna mee biasa jer...

Bahan-bahan :

  • 2-3 gulung yee mee( ini resepi asal tapi ja guna mee biasa mee kuning )
  • 5 ulas bawang putih
  • 5 biji cendawan shitake ( cendawan kering)- rendam sehingga agak lembut dan potong 4
  • 1 keping dada ayam- potong mengikut citarasa
  • 3 biji cili kering- potong 2
  • 2 sudu besar sos tiram
  • 3 sudu besar kicap cair
  • 1 sudu besar kicap pekat
  • 1/2 in halia- hiris nipis
  • Serbuk lada hitam
  • garam- secukup rasa
  • Beberapa titik Minyak bijan
  • 1 sudu besar Tepung jagung- dibancuh dgn sedikit air
  • sedikit minyak utk menumis
Cara-cara :
  1. Tumis bawang putih, cili kering dan halia sehingga naik baunya.
  2. Masukkan ayam yg telah potong sehingga agak empuk.
  3. Masukkan 2 cawan air.
  4. Masukkan pula sos tiram, kicap cair dan kicap pekat. Masukkan pula serbuk lada hitam. Biarkan mendidih.
  5. masukkan cendawan serta sayur2 lain- tunggu 2-3 min.
  6. Masukkan campuran tepung jagung dan kacau.
  7. Titikkan minyak bijan beberapa titik-jgn banyak2...
  8. Akhir sekali, masukkan yee me( mee kuning ) biarkan sebentar & hidangkan panas2.
memang sedap kalau di makan masa panas-panas...
http://emo.huhiho.com
post signature

Monday, March 8, 2010

~Cheese Cake~


yay.... hehe akhir nyer...
projek rumah sewa ja menjadi akhir nyaa ( ja rasa jadi lah hehe)
nie lah rupa cheese cake ja yang telah ja hasilkan hehe...
simple je bahan-bahan dan cara-cara buat dia hehe...

Bahan-bahan :
  • 250g cream cheese
  • 200cc/ml fresh cream/plain yogurt
  • 2 sudu besar jus lemon
  • 3 sudu besar tepung gandum
  • 2 biji telur
  • 90g gula

Cara-cara :
  1. Panaskan oven 170 degree. Sapukan loyang dgn butter atau alas dgn kertas minyak.
  2. Masukkan semua bahan-bahan ke dalam mixer atau blander. Mix biar sampai jadi cream
  3. Masukkan ke dalam loyang dan bakar selama 40-45 minit
  4. Setelah hampir masak atau selepas 30 minit bolehlah letak aluminium foil untuk mengelakkan permukaan hangus.
  5. Bila sejuk, simpan dalam peti ais semalaman untuk mendapatkan rasa cheese cake yang sedappp..
simple kan??
cuba lah buat hehe ja 1st time wat terus jadi hehe....
http://emo.huhiho.com

post signature

Related Posts with Thumbnails