Followers- mencari yang ke 1000

Pages

Tuesday, August 31, 2010

Selamat Hari Kebangsaan ke 53


salam semua readers,

waahhh lama gila ja tak update blog ja nie sebab apa?? sebab ja dari hari Jumaat sampai hari Ini dok di rumah mak kat Taiping :) maklum laa bila kat Taiping ja tak dapat nak surf intertet hehe....

hari nie pulak jatuh pada 31hb Ogos 2010

adalah HARI KEBANGSAAN negara kita yang ke-53..

jadi ja nak ucapkan Selamat Hari Kebangsaan kepada semua blogger semua... marilah kita bersama hidup bersatu padu tanpa ada syak wasangka yang sekarang nie dah mula menjalar di dalam diri sesorang....

coming soon.. lebih banyak menu dan foto yang ja nak share pada blogger semua....

Align Left

post signature

Thursday, August 26, 2010

ermmm nyum nyum :)



salam semua readers yang disayangi,

maap lah dah lama ja tak update blog ja nie, sebab ja tengah buat prepare untuk w-day ja..

kalau senang-senang singgah laa blog ja satu lagi sebab sekarang nie ja selalu update blog satu lagi....

journeytojune2011.blogspot

pening jer dua tiga hari nie, rasa stress pun ada sampai mempengaruhi horman badan ja nie...

ja tinggal kan blogger dengan gambar diatas nie...

yang tak de kena mengena dengan entry ini....

entry nie bukan entry resepi hehe...

NASI LEMAK nie ja beli di bilik guru untuk alas perut ja tapi nie masa sebelum bulan puasa yea :)

selamat berpuasa dan berbuka puasa hujung minggu nie...

Insyallah ja balik Taiping minggu nie, esok cuti Nuzul Quran dan cuti Sabtu Ahad....

jangan kecur air liur tengok nasi lemak di sudah hehe...
http://www.cute-smiley.com

post signature

Tuesday, August 24, 2010

penangan - -> Lady Gaga 'Bad Romance'

salam semua :)

Align Lefttengah-tengah surf internet terjumpa video nie...

memang kelakar jer tengok hehe....

memang Lady Gaga mempengaruhi kita dengan lagu dia yang best hehe...

jom tengok ada beberapa klip yang menjadi pilihan...

klip 1 :

klip 2 :


Glee nie memang best hehe..... tapi versi LIVE hehe

post signature

Isu McDONALD??



salam semua readers,

baru-baru ini kita disebarkan berita mengenai ketidak halal mengenai daging yang digunakan oleh McDONALD betul tak???

ataupun mengenai sijil halal dari JAKIM yang dah expired bulan 2 hari tuuu....

jadi ja baru dapat info di JAKIM

Dimaklumkan bahawa JAKIM tidak menggantung / menarik Sijil Pengesahan Halal yang telah diberikan kepada McDONALD / Mac Food Services (M) Sdn Bhd.

insyallah lepas nie boleh laa kita makan seperti biasa yea :)

post signature

Monday, August 23, 2010

~Sayur Kailan Ikan Masin~

salam semua readers,

wahh lama rasanya ja tak update blog ja nie,

mak, abah dan adik ja selamt sampai ke Tanah air Jumaat yang lepas, jadi ja ambik mereka dan terus balik Taiping.. benda nak jadi hari Jumaat tuu jugak gigi ja sakit pulak... macam macam benda nak jadi kan..

semalam di rumah adik tengah ja teringin nak makan SAYUR KAILAN IKAN MASIN jadi ja pun cari laa kailan nak makan.....

jadi hari nie ja share pada semua bloggers resepi ..

..SAYUR KAILAN IKAN MASIN...

Bahan-bahan

  • sayur Kailan
  • Ikan masin (dah siap digoreng)
  • udang ( 2-3 ekor)
  • hirisan bawang merah
  • hirisan bawang putih
  • hirisan cili merah
  • taugeh (* optional yea)
  • sos tiram ( 1/2 sudu besar)
  • sedikit garam (ikut rasa)
  • sedikit air
Cara-cara
  1. Sayur kailan di potong mengikut citarasa sendiri nak potong gaya mcm mane :)
  2. Tumis kan bawang merah dan bawang putih tadi hingga naik bau.
  3. Masukkan udang tadi hingga ia masak
  4. masukkan sayur kailan, gaulkan hingga ia masak dan batang nya lembut sedikit.
  5. Ikan masin tadi haruslah ditumbuk atau di hiris kecil dan terus dimasukkan bersama dengan sayur kailan tadi.
  6. Masukkan sos tiram sedikit gaul kan, kalau kering masukkan sedikit air sahaja... garam dimasukkan mengikut citarasa kita yek..
  7. dan tara.............

post signature

Friday, August 20, 2010

[Gambar] - -> Dato Siti masa Renioun SMK Clifford

salam semua readers....

dah lama ja tak update blog ja nie dah bersawang pun hehe...

malam nie ja tak de idea sebenar nyer, tiba-tiba ja jumpa gambar ini.. gambar DATO SITI masa Renioun SMK Clifford.. sekolah masa abah ja dulu kecik hehe.... untuk pengetahuan semua ja nie orang Pahang laa jugak belah Kuala Lipis . Abah ja balik laa kampung hujung minggu tuu tapi ja tak balik pun hehe....

jom kita enjoy gambar DATO SITI nie...

comel kan?? hehe....

sumber --> SINI

post signature

Wednesday, August 18, 2010

[Gambar] - -> Kurang ajar!!


salam semua readers,

hari ja dapat gambar nie melalui FB ja....

kurang ajar tak???

memang betul-betul kurang ajar..... gambar pameran seni yang berlangsung di Sepanyol.....

sakit nyer hati bila tengok gambar nie....
http://www.cute-smiley.com

memang dah tak de moral, sivik semua laaa...

post signature

Tuesday, August 17, 2010

muhasabah diri kita

salam semua readers,

ermmmm maap laa dua tiga malam nie ja tak de ape2 nak share dalam blog ja nie....

dua tiga malam nie ja telah muhasabah diri ja dengan mendengar ceramah USTAZ KAZIM...

kawan-kawan kenal USTAZ KAZIM?

jom kita dengar sedutan


boleh tengok lagi banyak dalam youtube

post signature

ku berterima kasih...


salam semua readers,

terima kasih pada blogger yang memberi pandangan yang positif atas yang berlaku..

salah satu cara ja buat untuk tanda ja berterima kasih kepada ALLAH dan kepada orang yang menlong ja itu adalah dengan sujud syukur @ solat sunat syukur...

ja dapat maklumat daripada ini sumber ini

Menurut Dr Wahbah Zuhaily didalam al-Fiqh al-Islami (2/118), Sujud Syukur didalam Mazhab Syafie serupa dengan sujud Tilawah. Ia boleh dilakukan diatas kenderaan jika seseorang didalam didalam permusafiran.

Terdapat 5 rukun didalamnya iaitu:

a. Berniat.

b. Takbiratul Ihram

b. Sujud satu kali sahaja.

c. Duduk selepas sujud dan

d. Memberi salam.

Didalam Mazhab Hanbali pula, terdapat 3 rukun iaitu sujud, bangun dari sujud dan salam yang pertama. Takbir semasa sujud dan bangun darinya. Cara sujud syukur didalam Mazhab Hanafi dan Mazhab Maliki hampir serupa bentuknya. Mereka akan terus sujud tanpa Takbir Al-Ihram dan bangun dari sujud tanpa memberi salam. Mereka akan bertakbir untuk sujud sahaja dan semasa bangun dari sujud.

Ibn Qudamah rh juga menyatakan bahawa cara sujud Syukur adalah sama dengan Sujud Tilawah / Sajadah diluar solat. Sheikh Ibnu Utsaimin dalam Fatawa Islamiyyah (1/205) mengatakan : "Sujud Syukur dilakukan kerana selamat dari sesuatu musibah atau menerima Nikmat yang dikurniakan kepada seseorang (tanda terima kasih). Dilakukan seperti Sujud Tilawah di luar Solat, dan sebahagian ulama'mengatakan wudhu' dan Takbir diperlukan, ada beberapa yang lain mengatakan cuma satu Takbir sahaja diperlukan. Kemudian diikuti dengan sujud dan berdo'a setelah berkata : Subhaana Rabbiy al-A’laa."

post signature

Monday, August 16, 2010

melayang duitku lagi huhu.....

'entry ini adalah luahan perasaan semata-mata, hanya untuk lepas kan tension yang berbuku di hati ini.. kalau ada yang meluat dan tak mahu baca boleh klik butang X di atas, terima kasih'

salam semua readers,

minggu nie adalah minggu yang paling cemas dan membari dugaan yang besar pada diri ja...

kawan-kawan mesti dah tahu apa yang berlaku pada ja semalam kan??? yeaa benda yang tak diduga berlaku pada ja yang kesorangan ini....

semalam AHAD merupakan satu lagi hari dugaan bagi ja, iaitu melayang lagi duit ja untuk tukar tayar yang dah pecah tuuu...

semalam nasib baik baik en. tunang sudi turun dari KL untuk menemankan ja untuk tukar tayar.. sebab dia tak percaya ja boleh buat... dia kata dia takut ja nie dikenakan oleh cina-cina yang tukar tayar tuu.. memang betul pun ja nie mane laa tahu sangat pasal tayar nie... diaorang cakap ape2 kita mesti setuju kan?? sebab sebelum nie hal-hal kereta nie abah ja yang handle.. nie abah ja tak de disini berada di Mekah kena laa settle hal nie sendiri.. nasib baik laa ada en. tunang yang tolong sekali....

jadi kami dah survey satu IPOH kedai-kedai tayar yang buka... kedai tayar yang buka semua kedai FALKEN.. kedai CONTINENTEL yang abah selalu guna untuk tayar tak buka lak semalam.. nasib baik laa en. tunang yang tolong tengok-tengok kan... yang mane tayar yang elok.. kalau tanya ja nie bunga tayar nie pun ja tak pasti yang mane satu kan?? :)

dah masuk 4 kedai FALKEN yang kami pegi, last-last kami g yang kat JALAN KUALA KANGSAR.... nak tahu abah ja buat tayar kete nie jenis 16'. en. tunang kata seingat ja laa dia kata tayar 16 nie rim dia besar.. pastu pulak jenis 50 ke 55 ja pun tak tahu... yang no nie pulak tengok kelebaran tayar lak... ermmm kalau ja s sorang2 sah2 laa ja tak tahu apa benda nie....

ini laaaa en. tunang tengah tengok tayar mane yang okay..... ermmm kena pulak tukar dua tayar depan, sebab nanti dah tak balance pulak... melayang lagi duit RM6++ huhu..... kenape laa abah ja pilih tayar yang mahal??? kenape tak pilih tayar yang biasa jer??? ja tak paham la lelaki nie....

pengajaran ja semalam :

  1. ja dah ade laa ilmu sikit2 pasal tayar nie semalam.... at least lepas nie kalau sorang2 boleh kot handle.
  2. kena ambik tahu semua benda yang berkaitan dengan kita, macam nie.. dah kena baru nak ambik tahu dah rugi kan...
  3. lepas nie ja nak buat sendiri, ja nak minta en. tunang ajar ja buka tayar kereta macam mana.. mane tahu lepas nie kena lagi... sebab ja rasa ja boleh buat cuma semalam dengan suasana malam dah laa tuu pakai telekung lagi n sorang-sorang pulak tuuu....
ya ALLAH kau ringan laa beban di kepala ku ini ya ALLAH, semua ku tabah menjalani segala dugaan yang KAU berikan ini... ku terima dugaanmu ini dengan hati yang tabah dan syukur sekali kerana terpilih untuk dugaan mu ini... AMIN....

post signature

Saturday, August 14, 2010

pengalaman cemas pertamaku :(

salam semua readers,

Align Leftentry yang kali ke-4 untuk hari sabtu nie ialah pengalaman cemas yang pertama berlaku dalam hidup ja dah 26 tahun ini....

baru sekejap jer tadi perkara yang baru sahaja ja terpikir masa ja terawih berlaku selepas terawih tadi....

masa ja terawih tadi, ja tiba-tiba boleh tergerak hati macam mane laa kalau ja balik terawih nanti kereta tiba-tiba rosak?? siapa yang ja nak minta tolong??? dah laa ja sorang-sorang kat IPOH nie??

kawan-kawan nak tahu, elok jer ja habis terawih memang benda yang rasa itu berlaku tadi... tayar kereta ja tiba-tiba terkena paku, hanya Tuhan sahaja yang tahu apa yang bermain dalam pikiran ja nie... betul-betul di simpang nak masuk highway...bila dah tahu tayar ja pancit memang dalam kepala ja nak call sape malam2 buta nie.. dah laa ja dengan pakai telekung jer... hujan renyai-renyai pulak tuuu.... niat dalam hati nak bawa jugak kereta ke rumah, sebab rumah ja dekat je kaau dari simpang tuuuu...

ja call en.tunang dia tak angkat-angkat call,marah pun ade nak en. tunang masa tuu dah laa kita sorang-sorang pulak tuuu.... nak call kawan-kawan ja yang lain semua perempuan.... tak de pun lelaki..... ja dah nekad nak bawa jugak kereta... lepas je ja bawa, tiba-tiba sebuah kereta bmw berhenti didepan ja, seorang perempuan keluar dari kereta tu tanya 'ada apa-apa yang boleh ditolong ker?' tanya kakak tuu... ja hanya menjawab ' tayar pancit tak de sape-sape boleh tolong, niat nak balik rumah jer'..... lepas tuu kuar husband kakak tuu... husband kakak tuu yang tolong ja untuk tukar tayar... kakak ini dan husband sungguh peramah sekali. tetapi husband kakak nie tak terdaya nak bawa kuar skru kereta ja yang begitu ketat sekali...

last-last dia call kawan-kawan dia untuk datang tolong..... ohhhh tidak begitu malu nyer ja.. terharu pun ada datang 2 orang lelaki kawan kepada husband kakak tuu datang malam-malam tolong tukar tayar kereta ja.... akhir nya mereka berjaya jugak buat.... ja jadi speechless tadi sepatutnya ja offer untuk belanja ker ape ker? tapi ja tak tercakap tadi... bayangkan masa tuu ja sorang sahaja perempuan... yang tuu ja tak kenal langsung sape yang tolong ja.......

ja hanya boleh berdoa hanya ALLAH yang boleh membalas jasa anda semua sebab tolong ja.... ja tak tahu nak cakap mane lagi.... sampai sekarang hati ja jadi susah hati betul ker tindakan ja, tidak memberi apa balasan pun....

pengajaran ja malam nie :

  1. kita (perempuan) kalau kita sorang-sorang dalam suasana ja nie... jangan mudah panik. pikir dulu apa nak dibuat kan?
  2. MESTI ada no telefon to-truck/insurans ker ape ker?? untuk kecemasan. dah jadi macam ja nie tak tahu nak buat ape.
  3. pastikan tayar spare kita pun ada angin jugak. nasib baik tayar spare ja okay. nasihat husband akak tuu esok ja kena g kedai tukar rim tayar sebab rim tayar spare tak sama dengan tayar spare tuuu...
  4. doa laa banyak-banyak... Insyallah mesti ada yang menolong.
  5. Orang yang menolong ja tuu bukan laa orang yang selalu kita tengok, kadang-kadang kita tak percaya orang yang suka tolong orang lain nie tak seperti yang kita harapkan.

post signature

Mee Goreng Sos Tiram

salam semua readers,

ini kali berapa ja post entry untuk hari ini..

nie laa yang melambangkan ja memang bosan tahap tak tahu nak cakap macam mane...

adik ja dah pun balik Kedah, kini ja kembali berbuka sorang-sorang lagi....

hari ini memang ja dok umah jer tak de kuar pun, melainkan malam nanti nak ke masjid untuk terawih. sebab dah dua malam ja terawih sendiri sebab teman adik ja sakit gigi....

jadi untuk berbuka hari ni ja masak ape yang ada dalam peti ais ja...

~MEE GORENG SOS TIRAM + DAGING BURGER~

Bahan-bahan :

  • Mee Kuning (satu bungkus)
  • Daging kisar (ikut suka nak banyak mane)
  • Daging burger (sekeping jer)
  • Cili mesin (cili boh)
  • bawang putih (hiris halus)
  • sayur sawi
  • kuib ayam ( 1 jer cukup)
  • telur (1 biji)
  • kicap secukup rasa
  • sos tiram (1 sudu besar)
  • air secukup nyea
Cara-cara
  1. panaskan minyak. tumiskan bawang putih hingga naik bau.
  2. masukkan cili mesin tadi dan tumiskan hingga cili tadi masak.
  3. bila cili dah masak, masukkan daging kisar dan hirisan daging burger tadi. masakan hingga kedua-dua ia masak.
  4. masukkan sayur sawi tadi hingga batang sawi tadi lembut. masukkan telur biarkan hingga masak barulah ia dikacau rata.
  5. masukkan sos tiram, kuib pati ayam dan gaul hingga rata. kalau pekat sangat masukkan sedikit air.
  6. hingga semua dah masak. masukkan mee kuning + kicap tadi dan gaul hingga sebati.
  7. biarkan seketika untuk mee kuning tadi masak...
  8. boleh dihidangkan panas-panas...

Selamat Mencuba dan Berbuka Puasa!!!!
http://www.cute-smiley.com

post signature

Zzzzz


z...z....z....Z...Z...Z

puasa mesti mengantuk.....
Align Left

post signature

kenal tak dengan Mizz Nina??


salam semua readers,

ermmm tiba-tiba malam nie ja tergerak nak share pasal MIZZ NINA nie??

selepas ja dengar lagu yang begitu hits sekarang nie... WHAT YOU WAITING FOR?

okay ja dah GOOGLE - - > Mizz Nina nie sebenarnya MALAYSIAN. memang anak VVVIP dalam Malaysia nie.... nama sebenarnya Shazrina Azman, 30 tahun atau lebih popular dengan nama Mizz Nina. Mizz Nina sebelum ini merupakan salah seorang anggota kumpulan Teh Tarik Crew. Selain berkerja sebagai deejay Fly FM, Mizz Nina sekarang bergerak secara bersendirian untuk menghasilkan album solo.

Mizz Nina merupakan anak bongsu kepada Pengerusi Kumpulan AmBank Berhad, Tan Sri Azman Hashim selain turut digosipkan dengan Noh iaitu vokalis kumpulan Hujan. Album penuh Mizz Nina telah dilancarkan pada bulan Julai berisi 14 buah lagu termasuk 5 buah lagu melayu tersenarai dalam album tersebut. Kita tunggu kemunculan album sulung Mizz Nina ataupun digelar The Rapping Daughter bulan depan.

tak sangka ada orang malaysia boleh feat dengan COLBY O'DINIS.... tapi tuu lahh nak macam orang putih dah pun dressing MIZZ NINA nie.. tapi memang tak terkejut pun maklum laa anak VVVIP....

jom kita layan lagu nieee..


sumber : mizz nina

post signature

Friday, August 13, 2010

jom test kita nie addicted tak dengan blog kita??

67%How Addicted to Blogging Are You?

salam semua readers,

ja jom website nie yang mana boleh tahu kita nie addicted tak dengan dunia blog nie..

tapi kena jawab beberapa soalan dulu laaa hehe..... ja hanya 67% jer addicted hehe... nasib baik laa bukan 100% kalau 100% naya semua keja tak boleh jalan hehe.. nak g sekolah pun tak boleh hehe...

tapi betul, ja setiap hari mesti tengok blog ja nie dengan FB kalau sehari tak tengok rasa macam semacam jer hehe....
http://www.cute-smiley.com

jadi jom kita tengok hehe.....

post signature

susah ke nak tahan puasa?


salam semua readers,

macam mane semua dah sahur ker??? Alhamdulillah dah masuk 3 Ramadan pun hari ini.... dah dua hari kita berpuasa kan??

maaf laa ja nak menyatakan ja kurang idea bila bulan puasa nie.... Insyallah kalau de idea memang ja akan update blog ja nie... mungkin blog ja nie akan bersawang laa sikit-sikit hehe...

nie ja dapat berita ade pulak orang beli AIR SUPER - - TONIK PETAKA yang boleh kita tahan puasa... ishh mustahil laaa orang kita nie tak tahan puasa... kalau kita niat, sahur Insyallah kita akan tahan bila berpuasa kan???

“Tonik ini tidak mendapat kelulusan Jabatan Kesihatan kerana mengandungi bahan tidak dibenarkan yang boleh mendatangkan kesan buruk kepada kesihatan manusia.

“Pengguna mengambil ubat berkenaan cenderung menghadapi pelbagai masalah kesihatan serta boleh membawa maut jika tidak dihentikan dengan segera,” katanya.

Menurutnya, penggunaan steroid dalam tonik berkenaan boleh menyebabkan seseorang pengguna itu menghadapi sembab, lemah otot, kegagalan fungsi buah pinggang, darah tinggi, gangguan haid, jerawat dan paling teruk boleh membawa maut.

sumber : METRO

jangan laa kita minum sesuka hati kita yea, mungkin akan memudaratkan badan kita sendiri...

post signature

Thursday, August 12, 2010

pembetulan maklumat maaf di pinta

salam semua readers,

terlebih dahulu ja nak minta maap atas kesilapan ja memberi info dan maklumat kepada bloggers semua...

ja telah diberitahu oleh guru di sekolah tentang ketidak kesaihan fadilat terawih.. menurut PORTAL JAKIM TERENGGANU semua fadilat nie tidak saih sebab tidak tahu menurut hadis mane keluarnya fadilat terawih ini...

ja telah mendapat iktibar iaitu Walaupun di dalam bulan puasa ini kita sibuk mengejar amalan, tetapi kita harus beringat, setiap ibadah yang kita lakukan ini, haruslah dibuat dengan penuh rasa ikhlas tanpa mengharapkan balasan.

oleh sebab itu ja ingin meminta maaf atas kesilapan ja memberi info.

post signature

tidak mampu ku miliki lagi..








salam semua readers,
nak tukar tak boleh, duit tidak ada....
dalam dunia budget...
tengok jer laa kan???
http://www.cute-smiley.com

post signature

Related Posts with Thumbnails