'entry ini adalah luahan perasaan semata-mata, hanya untuk lepas kan tension yang berbuku di hati ini.. kalau ada yang meluat dan tak mahu baca boleh klik butang X di atas, terima kasih'
salam semua readers,
minggu nie adalah minggu yang paling cemas dan membari dugaan yang besar pada diri ja...
kawan-kawan mesti dah tahu apa yang berlaku pada ja semalam kan??? yeaa benda yang tak diduga berlaku pada ja yang kesorangan ini....
semalam AHAD merupakan satu lagi hari dugaan bagi ja, iaitu melayang lagi duit ja untuk tukar tayar yang dah pecah tuuu...
semalam nasib baik baik en. tunang sudi turun dari KL untuk menemankan ja untuk tukar tayar.. sebab dia tak percaya ja boleh buat... dia kata dia takut ja nie dikenakan oleh cina-cina yang tukar tayar tuu.. memang betul pun ja nie mane laa tahu sangat pasal tayar nie... diaorang cakap ape2 kita mesti setuju kan?? sebab sebelum nie hal-hal kereta nie abah ja yang handle.. nie abah ja tak de disini berada di Mekah kena laa settle hal nie sendiri.. nasib baik laa ada en. tunang yang tolong sekali....


jadi kami dah survey satu IPOH kedai-kedai tayar yang buka... kedai tayar yang buka semua kedai FALKEN.. kedai CONTINENTEL yang abah selalu guna untuk tayar tak buka lak semalam.. nasib baik laa en. tunang yang tolong tengok-tengok kan... yang mane tayar yang elok.. kalau tanya ja nie bunga tayar nie pun ja tak pasti yang mane satu kan?? :)

dah masuk 4 kedai FALKEN yang kami pegi, last-last kami g yang kat JALAN KUALA KANGSAR.... nak tahu abah ja buat tayar kete nie jenis 16'. en. tunang kata seingat ja laa dia kata tayar 16 nie rim dia besar.. pastu pulak jenis 50 ke 55 ja pun tak tahu... yang no nie pulak tengok kelebaran tayar lak... ermmm kalau ja s sorang2 sah2 laa ja tak tahu apa benda nie....

ini laaaa en. tunang tengah tengok tayar mane yang okay..... ermmm kena pulak tukar dua tayar depan, sebab nanti dah tak balance pulak... melayang lagi duit RM6++ huhu..... kenape laa abah ja pilih tayar yang mahal??? kenape tak pilih tayar yang biasa jer??? ja tak paham la lelaki nie....
pengajaran ja semalam :
- ja dah ade laa ilmu sikit2 pasal tayar nie semalam.... at least lepas nie kalau sorang2 boleh kot handle.
- kena ambik tahu semua benda yang berkaitan dengan kita, macam nie.. dah kena baru nak ambik tahu dah rugi kan...
- lepas nie ja nak buat sendiri, ja nak minta en. tunang ajar ja buka tayar kereta macam mana.. mane tahu lepas nie kena lagi... sebab ja rasa ja boleh buat cuma semalam dengan suasana malam dah laa tuu pakai telekung lagi n sorang-sorang pulak tuuu....
ya ALLAH kau ringan laa beban di kepala ku ini ya ALLAH, semua ku tabah menjalani segala dugaan yang KAU berikan ini... ku terima dugaanmu ini dengan hati yang tabah dan syukur sekali kerana terpilih untuk dugaan mu ini... AMIN....
