Followers- mencari yang ke 1000

Pages

Friday, November 27, 2009

selamat bercuti dan Beraya Haji

http://emo.huhiho.com

Hari nie bersamaan 27 November 2009 kalau lebih afadl lagi dalam kalender Islam bersamaan 10 Zulhijjah 1430H...

Ramai orang dah tahu Hari Raya Qurban... dan jangan lupa cerita di sebalik raya nie...

Aidiladha adalah perayaan yang istimewa kerana ia merupakan hari untuk umat Islam memperingati kisah pengorbanan Nabi Ibrahim dalam menunaikan perintah Allah dan ke-sabaran anaknya Nabi Ismail dalam memenuhi perintah Allah s.w.t.
Selain itu, salah satu keistimewaan Aidiladha dan Hari Tasyrik ialah ibadat korban. Ibadat korban ini hanya boleh dilakukan dalam empat hari iaitu bermula waktu selepas khatib menyampaikan khutbah Aidiladha sehingga sebelum tenggelam matahari pada hari ke-13 Zulhijah.
Hari Raya Korban jatuh pada hari kesepuluh pada bulan Zulhijjah, bulan terakhir pada kalender Hijrah Islam. 10 Zulhijjah merupakan tarikh penting dalam sejarah Islam di mana Nabi Adam dan isterinya Hawa dikeluarkan dari syurga dan diturunkan ke bumi sebelum berjumpa di padang Arafah, di luar bandar Mekah.

jadi sempena hari ini, ja nak ucapkan selamar hari raya aidil adha & selamat bercuti..

mungkin sekarang dah berada di kampung Pahang,

atuk ja wat korban 3 ekor kerbau hehe....

penat lah nanti hehe...

jumpa nanti lepas raya :)

http://emo.huhiho.com

post signature

2 yang ambil kisah:

IntanBerlian said...

kak ja~ selmat hari raye aidiladha!!~

♥♥ eija ♥♥ said...

to:bellar0ssa

Selamat Hari Raya Aidil Adha jugak adik..

Related Posts with Thumbnails