Followers- mencari yang ke 1000

Pages

Thursday, July 15, 2010

minyak naik lagi???

uhhhhh!!!!!!

sape lah ja nie nak mengadu naik minyak lagi.....

yeaaa menurut berita : Kemaskini terkini mengenai pengurangan subsidi gula dan petrol, pihak Kerajaan akan mengurangkan subsidi gula, petrol , diesel dan gas LPG berkuatkuasa esok (16 Julai 2010). Pengurangan tersebut telah diumumkan oleh YAB Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Najib Razak dan turut disiarkan dalam media massa perdana.

Pengurangan subsidi tersebut juga akan meningkatkan harga barangan terlibat seperti berikut:

Barangan Harga Lama setiap unit
Harga Baru setiap unit
Subsidi Dikurangkan
RON95 RM1.80 RM1.85 RM0.05
Diesel RM1.70 RM1.75 RM0.05
Gas LPG RM1.75 RM1.85 RM0.10
Gula RM1.45 RM1.70 RM0.25

YAB Perdana Menteri menjelaskan langkah untuk mengurangkan subsidi ke atas petrol, diesel dan gula tersebut membolehkan Kerajaan menjimatkan RM750 juta perbelanjaan setahun.

Beliau juga menegaskan penyelarasan harga petrol, diesel, gas LPG dan gula tersebut dilaksanakan dengan teliti berbanding cadangan asal yang dikemukakan bagi memastikan kepentingan rakyat dan juga keperluan untuk mengurangkan defisit negara seimbang.

Langkah paling sesuai kepada pengguna adalah kena susun semula struktur perbelanjaan harian untuk selaraskan dengan naiknya harga petrol, diesel, gula dan gas LPG ni.

Sumber dan artikel rujukan:

1. Government To Reduce Subsidies For Petrol, Diesel And LPG di http://www.bernama.com/
2. Fuel, sugar prices up as subsidy cuts start di http://www.themalaysianinsider.com/
3. Harga gula diselaras 25 sen, diesel dan petrol 5 sen mulai esok di http://www.bharian.com.my/

ermmm sape laa kita kan nak mengadu minyak dah naik !!!!

walaupun 5sen tapi bagi ja rasa banyak, dah laa ja tension dengan belanjawan ja, dengan persiapan ja nanti, minyak pulak naik.....

kebetulan minyak kete ja betul2 nak habis, plan siang tadi sebelum g sekolah nak isi minyak esok (hari ini), tapi sebelum kul 12 a.m tadi en. tunang minta isi minyak siap2, sebab katanya mahal walaupun naik 5 sen.

kalau 1 liter = RM1.85

ja isi 12.48 liter = RM23.08 (dulu RM22.97)

bagi ja tuu perbezaan yang amat besar bagi ja yang dalam under budget nie.... uhhhhh....

ikat perut laa lagi bulan kedepan nie.....

post signature

2 yang ambil kisah:

@ty_farEd said...

yeah... pade saper kite nak merungut kan... memang frust.. naik 5sen memang tak perasan.. tapi biler compare ngan lter memang terase gak..!! uhhh...semalam tunang i dah merungut.. tapi..nak wat camaner kan..setiap kaLi raye jer minyak naik.. pelik gak kan.. hope lepas raye minyaj turun balik...dengan harapan... lebih murah..!!

♥♥ eija ♥♥ said...

to:@ty_farEd

ermmm betul tuuu, kita hanya boleh mengharap jer kan????

harap sangat akan turun nanti, kalau masa raya lagi lah okay... :)

Related Posts with Thumbnails