Followers- mencari yang ke 1000

Pages

Saturday, February 20, 2010

benci kepada manusia bertopengkan syaitan?

http://emo.huhiho.com
walaupun tajuknya agak 'kasar' bunyi nyer..

tapi itulah hakikatnya, yang berlaku pada zaman sekarang ini..

tajuk ini agak am kan?

tapi untuk entry hari ini, ja nak kait dengan 'kes buang bayi'....

tadi ja dah join group "Saya Benci Kepada Orang Buang Bayi"

tengok lah punya banyak laa kes buang bayi ini.. :-

4 Mac 2009
BALIK PULAU: Mayat seorang bayi lelaki yang baru dilahirkan ditemui di dalam longkang di tepi jalan Batu Feringgi-Teluk Bahang, di sini. Mayat bayi yang masih bertali pusat dan kesan darah di badan dijumpai dibungkus dengan tuala mandi oleh seorang kakitangan Majlis Perbandaran Pulau Pinang, jam 10 pagi.
17 Februari 2009
KANGAR: Seorang pembantu rumah warga Indonesia menyorok bayinya dalam laci almari bilik tidur di rumah majikannya yang juga pegawai kanan polis, di sini, sejak tiga hari lalu. Yanti, 22, mengaku terpaksa bersalin sendirian di tandas sebelah bilik tidurnya di tingkat bawah rumah itu pada malam Khamis dan menyembunyikan bayi itu daripada majikannya kerana takut dimarahi dan dihantar pulang ke negaranya.

4 Februari 2009
NILAI: Penemuan seorang bayi lelaki yang berpakaian lengkap serba biru dengan sarung tangan, topi, beg dan tuala bersama botol susu di koridor tingkat dua Flet Cempaka, dekat sini, menggemparkan penduduk rumah pangsa berkenaan. Bayi yang dipercayai berusia sebulan itu ditemui seorang penduduk di lantai koridor sebelum memaklumkannya kepada polis.

7 Januari 2009
PETALING JAYA: Polis menemui seorang bayi perempuan berusia dua minggu yang disembunyikan dalam beg hitam sebelum ditinggalkan di belakang sebuah rumah teres di Kampung Cempaka, Kelana Jaya, dekat sini. Difahamkan, kejadian disedari pemilik rumah itu jam 2.50 pagi sejurus membuka beg berkenaan dan tersentak melihat bayi yang dibaluti tuala masih bernyawa.
21 Disember 2008
SUNGAI PETANI: Seorang remaja berusia 17 tahun disiasat polis berhubung penemuan mayat seorang bayi perempuan yang baru dilahirkan dan masih bertali pusat di belakang rumahnya di Kampung Bujang, Merbok, dekat sini, semalam. Remaja terbabit yang dikatakan mahu menyembunyikan kelahiran bayi itu daripada keluarga meninggalkan mayat bayi berkenaan di kawasan belakang rumahnya, tetapi ditemui oleh bapanya sekitar jam 5 petang.

15 Oktober 2008
KUALA TERENGGANU: Seorang wanita berusia 21 tahun dari Jertih, Besut, dipercayai meletakkan mayat bayi lelaki baru lahir dalam sejadah di Masjid Tengku Tengah Zaharah, Kuala Ibai, di sini, Sabtu lalu, direman tujuh hari mulai semalam. Polis membawa suspek yang memakai baju panas warna kelabu dan berseluar sukan putih ke Mahkamah Sesyen, kira-kira jam 11.30 pagi bagi mendapat tahanan reman membantu siasatan kes berkenaan. Mayat bayi lelaki dipercayai baru lahir yang dibungkus dalam sejadah ditemui berhampiran tabung derma Masjid Tengku Tengah Zaharah selepas solat Subuh.

29 September 2008
MARANG: Tindakan pantas seorang datuk mendengar tangisan di luar rumah yang berbeza daripada suara cucunya menyelamatkan seorang bayi lelaki yang ditinggalkan dalam gulungan paip getah di tepi rumahnya di Kampung Lama Seberang Marang, dekat sini. Datuk berkenaan, Othman Yeop, 48, berkata bayi malang itu yang dipercayai baru lahir, ditinggalkan di kawasan itu tanpa pakaian atau alas.

bagi ja bayi merupakan anugerah ALLAH yang paling bermakna, sungguh menyedihkan bila ja melihat keadaan bayi yang sunggu teruk dilakukan oleh 'ibubapa' yang langsung tak de hati.

(sumber dari GOOGLE)

lihatlah sungguh comel bayi bila dilahirkan ini, kalau yea lah tak nak pun, berilah kepada ibubapa yang telah bersungguh-sungguh ingin memiliki anak tetapi masih belum lagi dianugerahi lagi. sekurang-kurangnya bayi itu masih de tempat bergantung. sanggup kah kita yang dianugerah 'otak' sanggup melihat bayi seperti ini??

(sumber dari FB-group saya benci orang yg buang bayi)

sungguh ja berkata benar, ja rasa sebak bila melihat gambar diatas ini. tak kasihan kah kita pada bayi ini???yang hairan nyer semua bayi ini semuanya cukup sifatnya...Kepada ibubapa yang sudah 'tak tahan' sangat nak 'buat anak' jangan laah buat begini, sudah lah 'buat anak' itu pun sudah dosa besar, inikan buang bayi lagi laah dosa besar.

ja pun bukan baik sangat nak ingatkan orang lain, ja pun ingatkan diri ja jugak dan kepada anak didik ja. marilah kita sama beringat kepada kita yang hanya sementara sahaja di dunia ini..

post signature

8 yang ambil kisah:

Unknown said...

ni la keja manusia yg tidak tahu beza dosa dan pahala

Sebutir Pemata Hati said...

hanya manusia yang tiada perasaan dan akal fikiran...lakukan perkara hanya mengikut nafsu.....sedih sungguh perkara ini....

♥♥ eija ♥♥ said...

to:Armyrule

ermm betul tuu.. boleh dikatakan bodoh laah jugak.. ikut nafsu jer

♥♥ eija ♥♥ said...

to:Sebutir Pemata Hati

sedih2 jugak huhu...

noor azian azman said...

Diri sendiri kena fikir baik buruknya sebelum melakukan sesuatu...kita doakan agar mereka sedar kesalahan yang mereka buat...

Anonymous said...

dasyat manusia akhir zaman neh...
kalah pangai iblis dah neh..

♥♥ eija ♥♥ said...

to:noor azian azman

betul tuu kak yan.. fikir sebelum bertindak.. tapi ja rasa nie semua dah diselubungi dgn nafsu dah...

♥♥ eija ♥♥ said...

to:naNa.neRRa

dahsyat kat nana..
ishh.. ish... tak tahu lah

Related Posts with Thumbnails