Followers- mencari yang ke 1000

Pages

Thursday, April 1, 2010

April Fool??? tak de faedah pun....


APRIL FOOL ja tahu perkataan nie pun sejak ja berkerja, sebab suasana sekolah ja, budak-budak (maklumlah bukan Islam) memang akan menyambut hari ini... Tahun pertama ja posting di sekolah tuuu pengalaman ja kena dengan budak-budak nie benda-benda yang kecik jer lah macam :-

"Cikgu, tengok tuu cikgu...." "Tengok ape??"... "Tengok lah cikgu..... " saya pun tengok lah, bila saya pusing depan budak-budak nie gelak kan saya....

sejak pada masa tuu, apa-apa yang budak- budak nie cakap ja buat tak tahu pun, takut jugak nanti terkena lagi. Ja dah banyak kali tegur tak de faedah pun perkena orang nie... apa dapat?? kalau kena orang?? dapat duit ker???

Menurut sejarah, April Fool ini adalah berasal dari penukaran Tahun Baru kalendar Gregorian (Masihi) dari 1 April ke 1 Januari pada tahun 1564, manakala jatuhnya kerajaan Islam Granada ke tangan Kristian adalah pada 2 Januari 1492.

Fool¡¯s Day atau April Fool mula diraikan sewaktu kejatuhan kerajaan Islam yang bertapak berkurun lamanya di Granada , Sepanyol yang ditawan oleh tentera Kristian. Akibatnya, penduduk Islam terpaksa berlindung di dalam rumah masing-masing untuk menyelamatkan diri. Tentera Kristian ternyata tidak berpuashati dan cuba menghapuskan orang Islam dari bumi Sepanyol.

Oleh itu, mereka membuat satu helah dengan memberitahu penduduk Islam bahawa mereka boleh keluar dari Sepanyol dengan selamat bersama barang keperluan mereka dengan menggunakan kapal-kapal yang berlabuh di pelabuhan. Di kalangan umat Islam, ada yang mempercayai dan sebahagian lagi sangsi dengan pemberitahuan itu.Mereka yang mempercayainya telah meninjau di pelabuhan dan berpuashati lalu memutuskan untuk bertolak pada keesokannya hari(1 April).

Keesokan harinya, mereka keluar membawa kesemua barangan dan menuju ke pelabuhan. Pada ketika itulah, puak Kristian mengambil kesempatan untuk menyerang penduduk Islam berkenaan. Mereka tidak sempat menaiki kapal kerana semuanya telah dibakar. Manakala orang Islam yang berada di sekitar telah dibunuh tanpa mengira lelaki,perempuan atau kanak-kanak

Peristiwa berdarah itu kemudian diraikan oleh tentera Kristian yang kemudiannya menjadi acara tahunan. Apa yang menyedihkan, orang-orang Islam merayakannya tanpa menyedari bahawa mereka sebenarnya meraikan ulangtahun pembunuhan beramai-ramai saudara seIslam mereka sendiri.

Masyarakat hari ini sebenarnya tidak mengetahui dengan jelas asal usul April Fool¡¯s. Selain boleh merosakkan akidah, budaya ini sebenarnya meniru gaya hidup kebaratan yang bertopengkan humor, gurauan,lelucon dan komedi. Bagi mereka, 1 April merupakan hari kejutan dengan berbagai perkara pelik, humor dan memalukan.

Namun apa yang dilihat hari ini ia banyak membawa unsur memalukan orang lain. Ia bukan sahaja memperbodohkan si pelaku tetapi juga yang menerima akibat bersesuaian dengan nama Fool itu sendiri yang bermaksud bodoh atau tolol. Jelas ia cuba menjatuh air muka dan martabat seseorang. Bagi yang bersikap selamba mungkin boleh menerima gurauan tersebut, tetapi bagi
tidak dapat menerima pasti akan menyimpan persaan negatif dalam diri hingga akhirnya menjadi seorang yang pendendam hingga sanggup menjadi pembunuh. Ini merupakan sesuatu yang tidak diterima oleh landasan syarak.

Kita tidak wajar berkiblatkan budaya barat apatah lagi mengagungkannya kerana Islam agama yang tinggi dan tidak ada yang lebih tinggi darinya. Islam mempunyia adab dalam bergurau senda tanpa menganiyai orang lain. Selain menghormati orang lain, kita juga diwajibkan menutup keaiban orang lain.

Bagi yang kurang memahami sejarah, mereka tidak merasakan apa-apa tentang budaya April Fool¡¯s tanpa menyedari bahawa ia merupakan satu penghinaan halus ke atas umat Islam.

Kesimpulan nyer memang April Fool nie untuk orang yang tak de keje nak buat, tak ada faedah pun..

post signature

4 yang ambil kisah:

::Kak Sambal:: said...

ye betul ja....takde pekdah pun...wat ape kita nak ikut cara mereka kan..

♥♥ eija ♥♥ said...

to:::Mamalyna::

kan mamalyna kan??

memang sape ikut nie macam.... lah hehe

Lisa said...

a'ah ja betul tu, tp ada yg masih tak faham maksud tersurat april fool tu, yg ada pengetahuan jer yg faham n tak amalkan budaya 1 april nih.. sedih gak la ramai yg dok suka2 dgn 1 april nih..

YAN said...

SAYA TERkena gak...nanti saya nak komen isnin ni..dalam perhimpunan...tapi wat tak tahu je..

Related Posts with Thumbnails